innity

pages

Tuesday, April 19, 2016

[Skandal 1MDB] KEBENARAN sudah semakin DEKAT...


BONGKAR SKANDAL 1MDB

Belum pun lama Najib Razak, penyokong dan penerima dedaknya dapat bergembira dengan kenyataan Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al Jubeir berkenaan wang RM2,600 juta sebagai derma, The Wall Street Journal kini tampil lagi dengan pendedahan barunya.+

Dalam laporan terbarunya, WSJ mendakwa wang tersebut adalah berpunca daripada syarikat palsu, Aabar BVI yang menerima daripada 1MDB sebanyak AS$3.51 bilion atau RM14,000 juta bagi pihak IPIC atau International Petroleum Investment Company sebagai deposit sekuriti.

IPIC bagaimanapun dalam laporannya kepada London Stock Exchange baru-baru ini menafikan Aabar BVI adalah anak syarikatnya atau ada kaitan dengan mereka, manakala Arul Kanda, CEO 1MDB pula tidak menolak kemungkinan mereka menjadi mangsa penipuan.

Syarikat palsu itu didaftarkan di British Virgin Island dengan nama Aabar Investment PJS Ltd (Aabar BVI), manakala anak syarikat IPIC yahg sebenar yang didaftarkan di Aabu Dhabi ialah Aabar Investment PJS.

Menurut WSJ, sebahagian wang daripada syarikat palsu itu berakhir di Tanore Finance Corp, entiti yang sama yang memindahkan wang sebanyak RM2,600 juta ke dalam akaun peribadi Najib di Ambank.

Dengan terus mempertahankan dakwaannya sebelum ini bahawa wang yang diterima Najib itu ada kaitan dengan 1MDB, ia memperlihatkan seolah-olah WSJ mempunyai banyak bukti berkaitan pengaliran wang tersebut serta menolaknya sebagai derma daripada mana-mana Pak Arab.

Semakin dinafikan dan cuba ditampil beberapa individu tertentu, termasuk Menteri Luar Arab Saudi untuk menyokong Najib berkaitan wang berkenaan, WSJ sebaliknya semakin mendedahkan satu demi satu bukti yang ada pada mereka.

Apakah perkembangan akhir-akhir ini menunjukkan semakin hari semakin terdedah misteri wang itu kepada kita semua?
Sementara pendedahan WSJ itu tidak berani disanggah dengan bukti-bukti yang lebih kukuh, jauh sekali mahu menunaikan janji mengambil tindakan undang-undang, kebenaran seolah-olah kian hampir menampakkan wajahnya yang sebenar.

Kita juga tidak harus lupa bahawa Najib sendiri turut menafikan wang yang diterimanya berpunca daripada 1MDB. Beliau turut menafikan menggunakannya untuk kepentingan peribadi.

Berapa lama lagi Najib mahu dan mampu bertahan jika WSJ terus tampil dengan dakwaan dan bukti-bukti baru yang akhirnya semakin menampakkan "wajah kotornya" di mata rakyat dan kepada dunia?

19 comments:

  1. Wsj dh jd cam Quran x leh di pertikaikan beritanya oleh pencintanya. Kemarin wsj gak ngaku bkn dr 1mdb. Skang cter lain lak. Standard longkang punya berita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Longkang pun nak tunggu hari selasa baru nk saman ? Itu pulak jenis longkang apa ?

      Delete
    2. kalau dh tak qeti jngn dok bagi
      comment bodo kat sini.
      hg ni betoi betoi bodo ka atau nak memperbodokan org.
      kalau najib betoi buat apa dia tunggu lagi...saman la wsj tu...smpai bila nk tggu... penyabar ka !
      ada kemungkinan saja
      1. memang betui dia menyamun duit tu.
      2. kalau tak buat, kenapa biaq benda ni jadi fitnah org. sampai satu dunia dok ckp hal ni. buktikan lah yg kita tak salah..bkn setakat nafi saja. bagi la proof evident bkn dgn ayaq lioq saja..

      Delete
    3. HOO LAA,KAWE SERO PONG GITU JUGOK SETIAP PATAH PERKATAAN DALAM WSJ DAH SAMO TARAF DENGAN SETIAP PATAH FIRMAN ALLAH DALEY KUR'AN.JADI SEMUA UMAT WAJIB PERCAYA DAN PATUH,JIKA TIDAK MAKA KITA AKAN DIPANGIL PEMAKAN DEDAK OLIH PUAK PEMBANGKAI.

      Delete
    4. Kalau dah kata fitnah ..saman la...tak susah-susah rakyat menanggung malu..nk tunggu selasa ke....jalan cerita dah nak berakhir....

      Delete
    5. Kalau Al-quran tak boleh saman...ni kan WSJ, saman la

      Delete
  2. gabungan ketua cawangan tu...kekekekeke.cawangan ape?

    ReplyDelete
  3. alih tiang gol lagi....

    ReplyDelete


  4. Hehehe...... Kadang-kadang terasa seronok pulak tengok gelagat oasispig ni dengan auta dia.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tu pemakan dedak haram anak beranak. Dh kenal sgt.

      Delete
  5. Dah hari Rabu pun...semalam Selasa tapi tak saman2 pun lagi WSJ...sembang je besar darah Pahlawan...Pahlawan Cangkul je rupanya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe......nak saman takut semuanya terbongkar...

      Delete
  6. Apa nak heboh Najib salah, dia pemimpin Islam, kalau betul dia salah Insyaallah kebenaran akan terdedah juga tapi WSJ dah tentu kapir laknat punya, mana mahu lihat
    pemimpin Islam berjaya dalam dunia. Lihat rakyat Malaysia masih steady aje, kalau yang susah pun itu semua atas diri sendiri tapi suka cari kesalahan atas orang lain.

    ReplyDelete
  7. Surah Al-Hujuraat ayat 6 yang berbunyi:
    “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”

    Blm tentu lg btul tdk citer tu tp korang terang2 dh sebarkn. Kitab mn yg ajar korang ni? Wsj tu sapa punye? Dh lupa sapa saudara sapa musuh? Btul2 tikam belakang punya saudara. Lambung cket je terus percaya. X de maruah btul. Pe hal lak soh Najib saman? Nk nyusahkn dia je. Patutnya korang defend dia sbb blm tentu citer tu btul. Dn jaga aib orang. Allah akan jaga aib kita di mahsyar kelak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oasispg..tak payah guna ayat quran kalau tak faham secara total..haram hukumnya..dgn bahasa n akhlak yg kau tunjukkan dlm komen kau yg lepas2, layakkah kau menggunakan ayat alquran utk berhujah akan sesuatu? Sila email aku kat Amirul@gmail.com..aku nak belajar jgk dgn guru kau..btw elaun bulan ni umgo dah bg ka? Byk tak..?

      Delete
    2. Yang fasik tu oasispg,

      yang beriman adalah rakyat marhaen yg tidak ada wang dan harta macam najib menggunakan 15juta wang 1mdb bertahun tahun berjoli sakan dan enjoy ketika rakyat menghadapi musibah dan bencana.

      Oasispg boleh beri komen lagi tu, Allah suruh kita teliti, lihatlah musibah dan bencana yang rakyat terima...tak nampak lagi?

      Siapa yang menyesal? Yang kena tempiasnya? Rakyatlah....

      Siapa pula makan duit haram? Pencacai fumakilla ni le....

      Delete
    3. "Patutnya korang defend dia sbb blm tentu citer tu btul. Dn jaga aib orang. Allah akan jaga aib kita di mahsyar kelak"

      Dulu malaysia amat dihormati oleh masyarakat dunia, hari ini dikeji, dicaci, diaibkan sebagai negara rasuah.

      Maruah negara dan rakyat di aib kan. Kenapa najib berdiam diri?

      Jika ada najib ada teloq, ayuh saman wsj dan mereka2 yg terlibat, bukan untuk najib tetapi untuk rakyat negara ini.

      Kami sedar dan daham pencacai ni juga bersetuju 110% dengan hujah dan fakta ini.

      Tapi nak buat camner, dah makan duit haram, dedak haram pun dedak juga ye tak?...tak gitu fumakilla?

      Delete
  8. Korang msh x dpt cabar hujah aku. Klu setakat cakap kosong blah la. X maknanya aku mk layan. Bahasa aku dn akhak aku sesuaikn utk golongan tertentu. Klu jenis pemberontak yg x reti bhs mmg patut la aku guna bhs kasar. Marah ke aku panggil anjing2 neraka? Dh nabi sebut gitu. Jd jgn la ada ciri2 cam tu. Islam tu terang jlnnya. Knp pilih jln yg kabur? Knp x mau tunjuk kpd kebenran? Knp mau di cari hujah2 alasan utk tdk mau terima kebenaran yg sebenarnya hujah tu adalah nafsu korang sendiri.

    Amirul. Aku dh cakap kt sini je. Biar org lain milaikn sendiri. Soalan aku ko x jeb lg. Jgn spin benda lain bole x. Fikir dgn fikiran yg jernih. Jgn mengikut nafsu. Belajar ngan org yg ikhlas beragama dn btul amalan sunnahnya. Br kau tau jawapannya

    ReplyDelete
  9. 12.35

    Apa hujah ko? Dah beri kupasan, yang mana fasik, apa yang dimasudkan teliti, apa yang dimaksudkan musibah, ok fumakilla, nak mudah kan lagi...

    1.Fasik = oasispg
    2.teliti = hasil perbuatan pencacai dan najib.
    3.musibah=banjir, kapalterbang terhempas
    4.aib=najib korup, rakyat dan negara dihina.

    Keempat empat diatas adalah hasil kerja penyamunan najib.

    Mudahkan?

    Anjing? Lebih baik dari makan duit haram dan pencacai membela pemimpin yang menyamun duit rakyat.

    Maruah? Jika najib pihak yang benar, sekurang kurangnya jaga maruah rakyat dan negara dari diaibkan oleh masyarakat dunia.

    Nafsu?ada tujuh peringkat nafsu, fumakilla di peringkat mana? Atau kamu berada di perinngkat ahmad nifsu?

    Belajar dengan uztaz yang menyuruh taat kepada pemimpin bernama najib yang korup, zalim dan menganaiya rakyat?

    Ada tak ayat2 diatas tu maki hamun? Ada ayat atas tu marah2 ikut nafsu? Semuanya berfakta dan terbukti.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com