innity

pages

Saturday, April 16, 2016

Shahbudin: Daripada 'PELABURAN kepada SUMBANGAN' TIDAK MEMBERI APA-APA MAKNA kepada NAJIB


Sepanjang hari ini seronok benar golongan pemakan dedak dengan berita Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al Jubeir yang mengatakan wang yang diterima Najib Razak memang datang daripada negara itu.

"Kami sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Dan kami juga sedar bahawa Peguam Negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu dan mendapati tiada salah laku.

"Justeru, setahu kami, isu itu ditutup," katanya kepada wartawan Malaysia selepas mengadakan pertemuan dua hala dengan Najib sempena Sidang Kemuncak OIC di Turki.

Wah...seronok benar mereka, terutama Azalina Othman Said yang pantas mengatakan dengan ini bermakna semua dakwaan terhadap Najib adalah palsu belaka dan Setiausaha Akhbar Najib, Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad yang terus menyalahkan Tun Mahathir dan media-media barat serta menggesa mereka memohon maaf kepada Najib.

Sementara pemakan dedak gembira ria dengan berita  yang seolah-olah sudah menyelamatkan Najib itu, ada beberapa perkara yang boleh dipersoalkan mengenai pengakuan Adel Al Jubeir itu.

Kenapa hanya baru sekarang Adel Al Jubeir mengatakan wang yang diterima Najib itu berupa sumbangan?

Bukankah beliau juga pada Januari  lalu yang mengatakan wang yang sama adalah suatu pelaburan?

Sekarang sudah tukar kaa Ya Sheikh?

Lebih menghairankan perubahan pendirannya itu dilakukan selepas mengadakan pertemuan dengan Najib?

Kenapa sebelum ini atau sejak Januari lalu apabila mengatakan ianya pelaburan, beliau tidak pernah berkata apa-apa atau cuba mengubah pendiriannya?

Kenapa berubah pendirian selepas bertemu Najib? Kenapa tidak sebelum ini?

Malah, Gabungan Ketua-Ketua Cawangan Malaysia atau GKCM juga pernah menghantar memorandum kepada Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur pada 25 Februari lalu meminta penjelasan mengenai wang yang diterima Najib itu, tetapi mengapa tidak berjawab sehingga sekarang?

Alih-alih selepas mengadakan pertemuan dengan Najib di Turki, Adel Al Jubeir mengatakan ia berupa sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. 

Ini betul-betul pelik bin ajaib. Pasti  unta-unta di padang pasir pun turut terkejut sama dengan perubahan Adel Al Jubeir itu.

Apakah perubahan kenyataan  Adel Al Jubeir daripada pelaburan kepada sumbangan dibuat atas permintaan Najib?

Lebih menghairankan ialah apabila Adel Al Jubeir juga menyatakan Peguam Negara Malaysia sudah menjalankan siasatan dan mendapati tiada salah laku melibatkan Najib.

Ehhhh....ini dah mirip skrip yang selalu diutarakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan media arus perdana dalam Malaysia selama ini.

Di samping itu, kenyataan Adel Al Jubeir yang mengatakan sumbangan tersebut datangnya daripada Arab Saudi juga lebih bersifat umum. Beliau hanya mengatakan datang daripada negara itu, tetapi tidak pula menyebut ia sumbangan pemimpin, kerabat diraja atau mana-mana tokoh terkayanya.

Harap kita tidak lupa bahawa pemilik PetroSaudi, Putera Turki Abdullah Al Saud yang ada perjanjian perniagaan dengan 1MDB juga berasal daripada Arab Saudi.

Adel Al Jubeir turut tidak menyebut langsung fakta yang diumumkan oleh Peguam Negara, Apandi Ali bahawa Najib sudah memulangkan semula sebanyak RM2,030 juta kepada pendermanya atas alasan ia tidak digunakan.

Mengapa fakta itu tidak disebut oleh beliau?

Yang harus disedari ialah pengakuan Adel Al Jubeir itu sudah tidak bermakna apa-apa lagi kepada Najib berikutan isu kehilangan wang sebanyak AS$3.51 bilion atau kira-kira RM14,000 juta yang dibayar oleh 1MDB kepada syarikat palsu, Aabar BVI sudah pun diakui kebenarannya dan sedang disiasat oleh banyak pihak berkuasa di peringkat antarabangsa.

Sebagaimana yang didedahkan oleh WSJ dan Sarawak Report sebelum ini, mereka percaya wang yang masuk ke akuan peribadi Najib itu adalah berasal daripada 1MDB yang tiba-tiba hilang selepas dimasukkan ke akaun bank  Aabar BVI.

Sekarang, di mana wang tersebut terus menjadi misteri kepada seluruh dunia. Tetapi dengan penyiasatan di beberapa negara yang nampaknya mula menunjukkan perkembangan positif, kebenaran pasti akan terserlah juga akhinya.

Dengan peredaran masa, sama-samalah kita tunggu sama ada wang yang dikatakan sumbangan itu, dengan mula-mula angkanya adalah RM2,600 juta tetapi kemudian meningkat kepada RM4,200 juta, benar-benar merupakan derma atau apa jenisnya?

Ketika itu juga, mungkin Adel Al Jubeir akan menukar kenyataannya sekali lagi. Siapa yang biasa berurusan dengan Pak-Pak Arab, pasti lebih faham perangai mereka itu. (http://shahbudindotcom.blogspot.my/ 15/04/2016).

10 comments:

  1. Kalau hidup cuma nak cari salah orang lain, sampai tamat hudup kamu pun kamu tak akan senang. Atau itukah cara kamu mengisi periuk nasi untuk keluarga kamu?
    Kamu tau tak? kalau dari awal lagi Tpk Sheh tu mengakui itu adalh wang derma ikhlas dari kerabar di raja arab saudi, maka tak adalh kes ini.dan kamu tak dapat lah berita sensesi macam ni.Yang lebih penting TS Muhyidin tak tersingkir daripada jawatannya. Dr M. Pula tak lah malu besar macam ni.Sekarang mana Dr M nak suruk muka dia di pelusuk dunia ini?
    Sudah2 lah menulis benda karut tu.

    ReplyDelete
  2. Malunya aku ada PM yang perangai serupa lanun dilautan.......

    ReplyDelete
  3. Zaudi lebih teruk dari zioNis

    6000 mati d yemen hasil airforce Saudi

    250 000 mati d syrua hasil senjata Saudi

    Morsi jatuh dek duit Saudi

    Saudi alwahabi algilababi

    Kawan baik ahjib gor

    ReplyDelete
  4. Najib dalam situasi terdesak, disekelilingnya rakyat dan masyarakat antarabangsa dah kenal pasti najib pemimpin zalim dan korup.

    Hari ini hubungan baik yang sudah lama terjalin antara negara arab dan malaysia oleh tun mahathir telah dicemari oleh najib.

    Begitu juga dengan negara ini, semuanya sudah tersedia, lengkap tersusun, ekonomi, pelajaran, kesihatan, pembangunan, keselamatan semuanya telah dirancang rapi oleh pemimpin terdahulu.Masyarakat antarabangsa,lawan dan kawan menghormati pencapaian malaysia.

    Semata mata ingin melepaskan dirinya yang korup, sanggup dia minta kenyataan dari kerajaan arab saudi.

    Najib, bangkai gajah boleh ke ditutup dengan nyiru?

    ReplyDelete
  5. Suruh Pak sheikh Tu Baca al Qur'an.

    ReplyDelete
  6. setuju bro..ini mungkin dek menjaga hubungan diplomatik antara kedua-dua kjaan islam...

    ReplyDelete
  7. Adakah skrip dibelakang tabir "ana garu belakang anta, anta garu kepala ana laaa." Khalas.

    ReplyDelete
  8. PUAK MUNG PONG SERUPA,KECEK PLAWOK,HARI AHAD KATA 42B.HARI ISNIN KATA 27 B,HARI SELASA KATA 17 B,HARI RABU NAIK SEMULA 42B.HARI KAMIS PAGI KATA 50 B.HARI KAMIS PETANG TURUN PULOK 41B.HOK MANO SOR NOK PAKAI,LAS2 AKU YAKIN DAN PERCAYA PUAK2 MUNG JENIH PERUT IJAU,PEMAKAN BANGKAI.

    ReplyDelete
  9. Chai 3.52 tak payah nak guna pakai loghat org pantai timur....buruk.

    Mudah je chai,

    Betul atau tidak wang 1mdb kepunyaan rakyat telah lesap dan hilang?

    Betul atau tidak?

    ReplyDelete
  10. macai dap mmg takut sgt kalau 1mdb ni sukses sbb najib akan selamatkan segala syarikat kroni mamak dan sayarikat penipu cina kapir kat malaysia ni sebab tu di sabotaj sangat-sangat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com