innity

pages

Thursday, April 21, 2016

SENATOR: Penggunaan grup WhatsApp, boleh jejas psikologi penjawat awam


KUALA LUMPUR, Khamis – Pengunaan aplikasi media sosial seperti Grup WhatsApp sebagai saluran komunikasi di jabatan kerajaan dikhuatiri menjejaskan psikologi penjawat awam, demikian menurut seorang Senator.
Senator Datuk Mariany Mohammad Yit berkata terdapat rungutan oleh kelompok penjawat awam yang mendakwa penggunaan aplikasi sosial itu turut menjejaskan kualiti masa bersama keluarga dan waktu rehat mereka.
Katanya, terdapat kes ketua jabatan yang mewajibkan penggunaan WhatsApp sebagai saluran komunikasi kepada semua pekerja.
“Pada masa kini, penggunaan aplikasi media sosial seperti Facebook, Twitter, WhatsApp dalam kalangan pengurusan tertinggi dan pegawai-pegawai sektor awam amat popular.
“Terdapat juga jabatan kerajaan yang menjadikan aplikasi grup WhatsApp sebagai saluran komunikasi,” katanya semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata, tidak dinafikan penggunaan aplikasi media sosial mempunyai kebaikan dan keburukan.
“(Cuma) kita mohon Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menjelaskan adakah aplikasi WhatsApp telah diwartakan sebagai saluran rasmi komunikasi antara penjawat awam,” katanya.
Beliau berkata JPA juga diminta menjelaskan sama ada pekeliling perkhidmatan awam telah dikeluarkan berhubung penggunaan aplikasi berkenaan bagi memantau standard piawaian dan tatacara serta kredibiliti penggunaannya demi menjamin keselamatan operasi dan keselamatan dokumen yang mungkin menjadi sebahagian daripada dokumen rahsia rasmi kerajaan. – Bernama

3 comments:

  1. SANGGAT SETUJU ... OFFICE HOUR 9 TO 5 SAJA LEPAS 9 TO 5 NO MORE OFFICIAL OFFICE JOB...KAT SINI BARU TERSERLAH KETUA DAN BOSS JABATAN BERTINNDAK BODOH... PRIVISY KAKITANGAN TERGANGGU.... SAMPAI MEMBURUK DAN MENJATUH KAN MARUAH KAKITANGAN BAWAHAN... WASSUP KADANG2 DIKONGSI ANAK BERANAK ATAU SAUDARA MARA....

    ReplyDelete
  2. Haramkan!!!
    Menyebabkan penjawat awan seperti bekerja 24jam. Masa tido dgn bini/laki pun ketua jabatan masih boleh sampaikan note kerja

    ReplyDelete
  3. Haramjadahkan sb staff tk kerja main wassap,fesbuk,twiter..bila Tanya Ko wassap sapa,oohh aku wassap boslah,tapi tgh wassap kawan sekolah lama hehe...kantoi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com