innity

pages

Monday, April 18, 2016

SAVE MALAYSIA: Tubuh tabung khas bantu Melayu beli hartanah di kota


KUALA LUMPUR, Ahad – Kerajaan perlu menubuhkan sebuah tabung khas untuk membantu bangsa Melayu dan Bumiputera di negara ini mendapatkan pinjaman untuk membeli rumah dan lot perniagaan.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali berkata usaha ini penting untuk menentukan masa hadapan bangsa Melayu.
“Apa ertinya pembangunan jika semuanya dikuasai oleh orang bukan Melayu dan bangsa Melayu menjadi papa kedana di tanah sendiri,” katanya ketika berucap di Forum Hartanah bertajuk ‘Melayu Bandar Terus Disisih’ di sini, hari ini.
Beliau turut menggesa kerajaan untuk segera bertindak dan memastikan setiap pembangunan yang dilakukan mesti menyediakan beberapa unit atau lot khas untuk bangsa Melayu.
“Saya sedih melihat laporan yang dikeluarkan oleh StraitsTimes Singapura yang melaporkan bahawa 40% pembangunan di Bandar Iskandar, Johor adalah milik orang Singapura,” katanya.
Malah, beliau turut mencadangkan agar dewan bandaraya dan kabinet membuat peraturan supaya setiap syarikat yang hendak membangunkan kawasan di negara ini mengemukakan pelan perancangan pembangunan.
“Melalui pelan itu, dewan bandaraya perlu memainkan peranan dengan mensyaratkan sekurang-kurangnya 50% daripada pembangunan itu disediakan khas untuk bangsa Melayu dan pastikan ia benar-benar diberikan kepada bangsa Melayu,” jelasnya.
Beliau turut memberi contoh pemilikan lot-lot kedai di Berjaya Times Square dan di gedung-gedung besar di negara ini yang kebanyakannya bukan milik orang Melayu.
“Gedung-gedung besar tidak ada milik orang Melayu, contoh di Berjaya Times Square, tidak sampai dua hingga tiga unit milik orang Melayu,” katanya.
Mengulas mengenai kempen ‘Save Malaysia’ yang sedang berjalan sekarang katanya, ia bukan sahaja untuk mendapatkan pemimpin yang baik, tetapi juga untuk menyelamatkan tanah Melayu daripada menjadi milik bangsa lain. - ismaweb

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com