innity

pages

Monday, April 18, 2016

[Rozita Che Wan DITEGUR PEMINAT] BERTUDUNG, Lutut dan Paha TERDEDAH


Berkali-kali pelakon jelita Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta ditegur kerana gambar.
Dan kali ini kritikan itu disebabkan pemilihan pakaian yang dianggap tidak bersesuaian dengan imej muslimah yang dibawa.
Kebanyakan ‘menegur’ mahu aktres itu menitikberatkan soal aurat wanita bertudung dengan sempurna.
Gambar itu yang baru dimuat naik tidak sampai sejam terus mengundang komen yang tidak berkesudahan.
Pada gambar dimuat naik, di bahagian atas tubuh Che Ta, dia dilihat memakai kot berwarna biru gelap dengan tudung berwarna hitam.
Pada bahagian bawah pula, dia berseluar jeans yang seperti terkoyak di bahagian lutut dan peha kanan sambil tangannya memegang tas tangan berwarna oren.
Pun begitu, pengikut turut mengalami kekeliruan sama ada Che Ta memakai legging di dalam seluar jeans itu.
Ini antara komen yang memenuhi ruang komen Instagram Che Ta @rozitachewan1.
“Semoga Che Ta berubah menjadi lebih baik dan kita semua mampu berubah di masa akan datang,” kata pengguna akaun @rafidah_epit.
Manakala menurut pengguna akaun @nizamazli pula, pakai dipakai mengundang kekeliruan kepada imej seorang penganut Islam.
“Atas tutup, tetapi bahagian kaku tu…,” ujarnya.
Seorang lagi pengguna akaun @missdejaavu pula berkata, Che Ta tidak harus mengundang tohmahan umum dengan memilih rekaan fesyen yang ditonjolkan.
“Legging (seluar ketat) atau tidak, kalau dah mengundang fitnah untuk diri sendiri sudah tentu haram.
“Mohon... jangan ditunjukkan sangat kerana perkara itu menjadi kebanggaan yang nyata.
“Maaf bukan menghina tetapi ini yang mampu kerana dakwah secara halus tidak berguna untuk spesis sebegini. Kasi sentap saja itu pun mungkin masuk kanan keluar kiri,” katanya.
Pada gambar itu, Che Ta turut menulis kapsyen berbunyi: “Mereka mahu melihat kamu menjadi hebat tetapi tidak lebih daripada mereka. Ingat itu,” katanya.
Ketika berita ini ditulis, gambar itu berjaya mendapat hingga 3,517 likes, 215 komen dan jumlah itu semakin meningkat.
Sebelum ini, Che Ta turut dikecam kerana memakaikan pakaian dengan imej anjing pada anaknya Aisyah Dhia Rana. - MK 

6 comments:

  1. Nak tunjuk betapa putih dan gebunya dia walaupun pangkat nenek

    ReplyDelete
  2. Apa lah admin ni..berita ni pun nak war warkan. Jgn campur peribadi orang...jaga peribadi sendiri. Dosa tu..

    ReplyDelete
    Replies


    1. 11.02, jangan mudah sangat menghukum orang.

      Delete
  3. Terlanjur kita menutup aurat, apa salahnya kita buat dengan cara yang betul. Janganlah atas tutup bawah terbuka. Tak rugi kalau buat betul-betul.

    Itulah bezanya makna bertudung dengan menutup aurat. Bertudung lain dan menutup aurat lain.

    Bertudung menutup kepala dan rambut saja, tapi menutup aurat ialah menutup semua bahagian aurat wanita yang wajib dengan pakaian yang longgar tidak menampakkan bentuk badan.

    Artis ni public figure, harap para artis bagi contoh yg baik kepada remaja kita.

    ReplyDelete
  4. Antara artis yg sengal..

    ReplyDelete
  5. membazir msa jer dgn lgak artis, buang msa. mna ada artis yg btul.buat tmbh dosa je lyn dierog...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com