innity

pages

Monday, April 25, 2016

ROZI MAMAT NAFI AKAN DILANTIK MB TERENGGANU GANTI RAZIF


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong, Datuk Rozi Mamat menafikan beliau antara calon yang akan menggantikan Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai Menteri Besar Terengganu.
Menurutnya, beliau sendiri tidak mendapat apa-apa maklumat setakat ini dan sebarang berita yang disebarkan mengenai dirinya dalam isu pertukaran Menteri Besar adalah tidak benar.
“Tidak, tidak ada benda-benda ini, saya sendiri tidak dapat apa-apa maklumat lagi,” katanya ketika dihubungi FMT, hari ini.
Sebelum ini, khabar angin mengenai Rozi ataupun ADUN Permaisuri, Datuk Mohd Jidin Shafee akan dilantik menjadi Menteri Besar dan upacara angkat sumpah akan dilakukan pada minggu hadapan, tersebar menerusi aplikasi WhatsApp.
“Rozi Telemong 90% confirm angkat sumpah minggu depan sebagai MB baru. Tapi sekarang ada dua nama Dato Mad Jidin dan YB Rozi. Semua Ahli Dewan Diraja dan Yang Arif Mahkamah Tinggi telah bersedia dimaklumkan tentang hari Angkat Sumpah,” demikian antara kandungan mesej yang disebarkan itu.
Rozi yang juga EXCO Belia, Sukan dan Sumber Manusia Terengganu mengakui tidak tahu mengenai status penarikan gelaran dan kedudukan Ahmad Razif.
“Saya tidak tahu, kita tidak tahu secara lanjut. Kita hanya bekerja seperti biasa sahaja,” katanya lagi.
Isu penarikan gelaran dan kedudukan Ahmad Razif mula tersebar di media sosial apabila beliau yang menghadiri dua majlis di Kampung Sura Jetty, Dungun dan pelancaran Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Bandar Al Muktafi Billah Shah, tidak disebut gelaran oleh pengerusi majlis berkenaan.
Selain itu, ketika menghadiri Persidangan Waqaf Senusantara 2016 yang disempurnakan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Primula Beach Resort, nama Ahmad Razif hanya disebut “Yang Amat Berhormat Menteri Besar”.
Malah, kedudukan Ahmad Razif sebagai Menteri Besar menjadi persoalan apabila pihak Istana Terengganu dikatakan menarik balik semua gelaran kebesaran yang dianugerahkan kepada beliau.
Bagaimanapun, sehingga kini tiada pengesahan daripada pihak istana berhubung tindakan tersebut, namun ia dikaitkan dengan ucapan beliau ketika menghadiri sebuah majlis bersama Sultan Mizan.
Ahmad Razif ketika membacakan teks ucapan itu didakwa berkata Kerajaan Terengganu lebih banyak membantu rakyat berbanding pihak Yayasan Diraja Sultan Mizan, sekaligus membangkitkan kemurkaan Sultan Mizan. – Free Malaysia Today 

3 comments:

  1. Nampak mb lama kipas najib.sultan ape lagi tunggu..undi bubar negeri...rakyat jemu

    ReplyDelete
  2. Ini semua pahlawan bugis , Najib , punya angkara . Dia sangka dengan meletakkan seorang 'hulubalang' bugis , senanglah dia buat kerja .

    Selepas Terengganu perambat Ahmad Razif si hulubalang bugis , ramai ramai kita perambat pulak Najib si pahlawan bugis .

    ReplyDelete
  3. Rakyat nak bagi pada PAS kali ni. Selagi najib dibatas pembangkang ada isu yg sgt trategik dan mendapat tempat dihati rakyat. Dua isu maut, songlap berbilion, gst menampung lubang kejelekan Umno.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com