innity

pages

Monday, April 18, 2016

[RAKYAT TOLAK ZAHID] Silap namakan Zahid ganti Najib - Tun M


Penamaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai pengganti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah kesilapan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri itu berkata, Ahmad Zahid tidak sesuai untuk menggantikan Najib kerana beliau tidak popular dan ditolak oleh kebanyakan rakyat negara ini.
"Apabila namanya disebut (tersilap) sebagai pengganti berpotensi Najib, orang ramai berteriak kerana suara rakyat yang bebas menolak Zahid.
"Zahid beritahu saya untuk terus bersuara mengenai isu derma. Saya rasa Zahid yang patut bertindak lebih dari saya. Namun, malangnya, dia tidak berbuat apa-apa," ujar Mahathir dalam blognya hari ini.
Sebelum ini, salah seorang panglima perang Mahathir, Datuk Seri Zaid Ibrahim, menyebut bahawa Zahid mungkin menjadi pengganti Najib.
Zaid mempertahankan kenyataan beliau dalam cubaan untuk mendapatkan sokongan Umno dalam gerakan Selamatkan Malaysia yang berhasrat mahu mendesak Najib berundur dari jawatannya. - MK

5 comments:

  1. Ni tiga nama tin kosong, sisotong dan sikhairi jamban rakyat tak hingin mereka jadi pm.

    Kalau si penkid takper....

    ReplyDelete
  2. Umno dah salah pilih pemimpin, sepatutnya nazir razak jadi perdana menteri malaysia.

    Dalam keturunan ayahanda tun razak takkan setandan pisang semuanya rosak, mesti ada yang baik....dan tidak syak lagi ianya adalah nazir razak.

    Lupakan tentang ayat bastard tu, jika beliau terbukti yang terbaik.

    ReplyDelete
  3. Zahid ni penyakit dia takda pendirian dan selalu jd hero for wrong issues. Isu yg rakyat tak favor utk rakyat walhal dia org kampung yg sepatutnya perjuangkan rakyat bawahan.

    UMNO berada dlm krisis kepimpinan yg teruk sbb tak ada pemimpin yg berkaliber. Ahli yg jujur selalu sakit.

    ReplyDelete
  4. Kita beri pulak kpd mca atau mic pulak...tengok mcm mana..tetu ramai yg sokong atau dap lg ramai yg stuju kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAWE LEBIH RELA JADI RAKYAT YANG DIPERINTAH OLEH AYOH PIN SULTAN KERAJAAN LANGIT DARI DI PERNTAH OLEH DAP

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com