innity

pages

Monday, April 11, 2016

[RAFIZI KATA TIDAK BENAR] Pengarah Komunikasi Kem. Kewangan, Ezam bakal SERTAI PKR



SHAH ALAM – Bekas senator, Mohamad Ezam Mohd Nor didakwa akan menyertai PKR dalam masa terdekat bagi membantu mengukuhkan politik presiden parti berkenaan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut sumber seperti yang dipetik oleh Suara TV, Wan Azizah telah mengadakan perjumpaan serta perbincangan dengan Ezam berhubung perkara itu.

“Apa yang saya boleh katakan ketika ini, kak Wan (Wan Azizah) telahpun mengadakan perbincangan bersama Ezam dan satu pelan sedang dirangka untuk membawanya kembali bersama PKR.

“Setakat ini hasil perbincangan amat positif dan Ezam dikatakan telah bersetuju untuk membantu mengukuhkan sokongan politik kak Wan di dalam PKR yang semakin merosot, malah Ezam baru-baru ini juga dilihat semakin ‘garang’ menyerang pentadbiran Najib dan itu merupakan sebahagian daripada strategi yang diatur,” katanya.

Sumber yang enggan mendedahkan identitinya itu juga turut memaklumkan bahawa antara peranan dan tanggungjawab Ezam ialah mewujudkan ‘check dan balance’ di dalam parti yang ketika ini sedang didominasi oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali

“PKR ketika ini sedang dikuasai oleh Azmin dan orang-orangnya dan perkembangan itu dilihat sangat bahaya untuk politik Kak Wan.

“Azmin telah menggunakan kesempatan sebagai Menteri Besar Selangor untuk mengukuhkan kedudukan politiknya sekaligus menyebabkan pengaruh Kak Wan semakin lemah” katanya.

Ezam meninggalkan parti PKR pada tahun 2007 kerana hilang keyakinan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan menyertai semula Umno pada tahun 2008.

Ezam sebelum ini melepaskan jawatan sebagai Ahli Dewan Negara yang disandangnya sejak 2010 apabila dilantik sebagai Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan berkuat kuasa 15 Mac 2014.

Namun sejak 1 April lalu, Ezam tidak lagi berkhidmat dengan Kementerian Kewangan, walaupun kontraknya masih berbaki sehingga tahun depan. 

 

Rafizi tolak spekulasi Ezam sertai PKR

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menolak dakwaan yang mengatakan bekas senator, Mohamad Ezam Mohd Nor dijangka akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam masa terdekat bagi membantu mengukuhkan politik presiden parti berkenaan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
 
Menurut beliau, laporan berkenaan adalah tidak benar dan pihaknya tidak menerima sebarang maklumat berhubung perkara tersebut.

"Tidak benar. Saya tidak ada apa-apa maklumat dan tidak pernah dengar," jawabnya ringkas kepada Sinar Online hari ini.


Portal SuaraTv melalui sumbernya dilaporkan memaklumkan bahawa Wan Azizah telah mengadakan perjumpaan serta perbincangan dengan Ezam yang dijangka akan menyertai PKR dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Rafizi yang juga merupakan Ahli Parlimen Pandan memaklumkan bahawa portal SuaraTV merupakan saluran propaganda Umno dan tidak wajar diberikan terlalu banyak perhatian.

“SuaraTV merupakan laman yang menjadi saluran propaganda Umno. Jadi saya rasa tidak wajar diberi terlalu banyak perhatian.

“Berita tentang pertemuan Wan Azizah dan Ezam adalah palsu,”katanya. - SH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com