innity

pages

Wednesday, April 13, 2016

Presiden PJBM, Sathianathan SAHUT cabaran DEBAT TMJ



Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan menyahut cadangan Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk mengadakan sesi perbahasan mengenai tanggungjawab terhadap bola sepak negara.
Beliau yang juga bekas pengendali skuad kebangsaan berkata, jika itu langkah yang difikirkan membawa kebaikan ia boleh dilaksanakan dengan kerjasama semua pihak.
"Cadangan yang baik, saya akan terima jika itu yang dikatakan jalan terbaik untuk kembalikan maruah kira dalam bola sepak.
"Kita bukan sahaja perbahasan untuk beri pendapat bernas mengapa kemerosotan itu berlaku. Perbahasan dan perbincangan ini banyak yang boleh cakap dan setiap orang pendapatnya berbeza," katanya kepadaMalaysiakini, hari ini.
Sathianathan antara nama disebut Tunku Ismail semalam untuk berbahas mengenai prestasi bola sepak negara.
Selain beliau, TMJ turut mencabar Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, ketua jurulatih kebangsaan Datuk Ong Kim Swee dan Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN), Lim Teong Kim.
Selain Sathianathan, tiga lagi pihak belum memberikan sebarang reaksi atas kenyataan TMJ itu.
Sathianathan berkata, semua pihak perlu menyahut cadangan Tunku Ismail untuk duduk semeja dan
bercakap berdasarkan fakta.
"Perkara fakta kita ambil dan laksanakan. Saya sejak tahun 1992 sebagai jurulatih sampai sekarang kita hanya banyak bercakap.
"Kita kena cari satu ramuan macam mana kita nak buat dan apa-apa yang hasil daripada perbahasan itu perlu diterjemah kepada realiti," jelasnya.
Tambah beliau, pelaksanaan susulan ke arah pembangunan sukan bola sepak negara perlulah dilakukan secara menyeluruh dan bukan sekadar di satu dua tempat.
"Kita bahaskan perkara positif dan fakta, kita ambil dan kita buat. Cuma kena ingat selepas berbahas itu kena disusuli dengan tindakan menyeluruh," katanya. - MK

2 comments:

  1. Menteri la yg debate..tak sama level la kalau sathianathan yg debate dgn tmj..dia bukan ada much authority pon..cmon kj..Oxford ex boy takkan tak bole debate kot?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com