innity

pages

Tuesday, April 19, 2016

[POLIS BURU 4 SUSPEK TENTERA] Kes Cubaan BUNUH Anggota Komando


18 APRIL : Polis Melaka giat memburu empat suspek dipercayai anggota tentera yang terbabit kes pukul seorang anggota komando Rejimen 11 Gerak Khas Kem Sungai Udang yang ditemui cedera teruk pada muka dengan tangan kanan digari pada kaki kiri di Sungai Timun, Lubuk China, awal pagi semalam.
Polis juga kata, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim, bekerjasama dengan tentera bagi mendapatkan maklumat berhubung punca dan motif kejadian itu.
“Siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai ditahan di Taman Peruna, Sungai Udang, sebelum dipukul teruk serta dipaksa untuk menaiki sebuah kenderaan.
“Mangsa kemudian digari menggunakan gari buatan negara jiran dengan tujuan untuk membuangnya ke dalam sungai,” katanya.
Sewaktu kejadian, mangsa, Koperal Mohd Daud Karim, 26, dikatakan dalam perjalanan ke rumahnya selepas menyelesaikan satu urusan di kem berkenaan, kira-kira jam 1 pagi.
Mangsa yang menerima lebih 80 jahitan di kepala, muka dan bahagian mata akibat kecederaan teruk dipukul masih dirawat di Hospital Melaka.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, kerana cubaan membunuh,” katanya.

1 comment:

  1. Apa yg boleh diharap bila budaya samseng tak dibuang dlm tentera dan polis. Elemen iman tak menjadi agenda nomnor satu tapi satu malaysia yg diutamakan. Samseng dari politik sampai ke agensi kerajaaan sampai ke rakyat sampai ke sekolah anak anak kita.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com