innity

pages

Sunday, April 17, 2016

Pertubuhan IKRAM Makin Islam bila Dr Maszlee Berani Bantah DAP


Detik-Detik Menentukan Bagi Ahli-Ahli Ikram.

Satu kenyataan yang paling berani dari salah seorang pemimpin Pertubuhan Ikram (Ikram) dalam isu Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang.

Saya terkejut juga kerana jarang kedengaran mana-mana pemimpin Ikram lantang menegur salahlaku dan kenyataan celupar dari pemimpin-pemimpin DAP, khususnya yang menyentuh sensitiviti umat Islam.

Kalau ada sekalipun, kenyataan yang dikeluarkan terlalu berlapik, lunak dan bersifat umum, walaupun ramai orang tahu kecenderungan Ikram lebih memihak kepada parti-parti politik pembangkang. Tambahan pula, Ikram mempunyai banyak persamaan dengan PAN (Parti Amanah), yang merupakan satu komponen baru di dalam gabungan parti-parti politik pembangkang, di mana PAS kini memilih jalan yang terhormat dengan menarik diri daripadanya. Idea penubuhan PAN juga dikaitkan dengan Ikram, malah ramai bekas pimpinan Ikram kini menjawat jawatan penting di dalam PAN.

Maka tidak hairanlah Ikram dan pimpinan serta ahlinya sangat berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan, komen atau pandangan yang boleh “mengguris” hati dan perasaan gabungan parti-parti politik pembangkang itu.

Malah ada juga suara-suara dari dalam Ikram yang mempertahankan tindakan sesetengah pemimpin DAP, dalam kes ini Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, atas hujah perkataan “Setan” yang ditujukan kepada Dr Zakir Naik hanyalah bersifat peribadi dan tidak mewakili pendirian DAP.

Sehingga Dr Maszlee mengeluarkan kenyataan “keras” mendesak DAP mengambil tindakan terhadap (Prof. Ramasamy), Timbalan Setiausaha Agong parti DAP yang rasis dan cauvinis itu, (sepanjang pemerhatian saya), tidak ada seorangpun dari kalangan pimpinan atau ahli Ikram yang berani bersuara secara terbuka bukan sahaja terhadap Prof. Ramasamy, akan tetapi terhadap pemimpin-pemimpin Hindraf, Hindu Sangam, MIC, MCA dan pelbagai pihak lain yang lantang membantah kehadiran dan siri-siri ceramah Dr Zakir Naik di Malaysia.

Sikap sebegini dapat difahami dari “outlook” Ikram yang terlalu menjulang konsep Rahmatan Lil Alamin, “menguruskan perbezaan”, akomodatif dan inklusif seolah-olah tidak wujud apa yang dinamakan “musuh Islam” di negara ini. Yang wujud hanyalah meraikan perbezaan-perbezaan yang boleh diuruskan secara dialog beradab, diplomasi dan harmoni.

Sebab itulah di dalam kebanyakan kes atau isu yang melibatkan kepentingan Islam atau sensitiviti umat, Ikram (pada pandangan saya) mengambil pendekatan yang lebih cenderung untuk tidak "berlaga" dengan pihak yang mencetuskan kontroversi tersebut.

Akan tetapi terdapat satu ironi dan kontradiksi di sini apabila Ikram secara agresif terlibat dalam beberapa isu yang kelihatan lebih menjurus kepada “political alliance” seperti PRU-13 (di mana ramai calon mereka yang bertanding), Gerakan anti-ISA (yang ahli mereka ketuai), Bersih dan seumpamanya. Beberapa (bekas) pimpinan Ikram juga sekarang masih menduduki beberapa jawatan penting di dalam PKR dan terkini PAN.

Hal ini mengingatkan saya kepada satu lipatan sejarah berkait dengan “Grand Design” kumpulan Islamis pada awal tahun 90-an yang merancang untuk terbabit secara aktif di dalam politik melalui 3 strategi - pertama masuk UMNO, kedua masuk PAS dan ketiga menubuhkan parti politik baru. Menurut sebahagian penganalisa politik, penubuhan PAN adalah penterjemahan kepada strategi ketiga setelah eksperimen mereka di dalam strategi pertama dan khususnya kedua menemui kegagalan.

Selama mana strategi ketiga akan bertahan, hanya masa (dan PRU14) akan menentukan. Kelangsungan (survival) Ikram juga mungkin bergantung kepada faktor di atas. Sepertimana Dr Maszlee pernah meramalkan PAS hanya akan bertahan selama 20 tahun lagi, Ikram juga boleh menghadapi nasib yang sama, bahkan mungkin tidak sampai separuh dari tempoh yang diramalkan terhadap PAS.

Mengambil model dari Partai Keadilan Sejahtera (PKS) Indonesia atau dari satu dua negara Arab yang telah terperangkap dalam kitaran ideologi Liberal (atau mendapat anggukan dari Amerika Syarikat) bukanlah satu strategi politik yang menguntungkan umat Islam.

Jiran umat Islam terdekat bagi Malaysia ialah Indonesia, yang lebih bebas, terbuka, inklusif, akomodatif dan liberal. Seorang teman lama dari Indonesia pernah menyebut kepada saya bahawa Islam di Indonesia lebih bersifat di “swasta” kan manakala Islam di Malaysia lebih bersifat “institusional” di mana pada pendapat beliau harus dipertahankan dengan bersungguh-sungguh. Ini kerana jatidiri umat Islam telah menjadi rosak apabila umat terlalu meraikan ideologi liberal, kesamarataan ugama, pluralisme seumpamanya. 

Malahan, sebahagian ulamak di sana melihat pengamalan dan realiti pihak-pihak yang mempromosikan konsep Rahmatan Lil Alamin di sana sebagai Rahmatan Lil Kafirin Wa Musibatun Lil Muslimin iaitu Rahmat kepada kaum kafirin dan Musibah bagi umat Islam. 

Pihak Islamis yang tidak ingin menaikkan bendera Islam secara jantan dan perkasa bilamana maruah Islam dan jatidiri umat diinjak dan dicaci cerca oleh pihak musuh lama-kelamaan akan tercandu dengan eko-sistem hidup di dalam kepompong zon selesa.  

Ahli-ahli Ikram boleh memecahkan kepompong tersebut, dengan menuntut supaya Prof. Ramasamy bukan sahaja dikenakan tindakan oleh DAP, malah dipecat terus dari jawatannya!  

Persoalannya, beranikah mereka?

-Mohd Luttfi

4 comments:

  1. memang benar penyakit yg terlampau akomodotif dengan idealogi bukan islam yg dilaksanakan UMNO dulu terhdp British telah merosakkan umat melayu hari ni dlm tempoh 50tahun kita tgk nasib melayu dgn agamanya, taraf ekonominya, hak haknya yg makin pupus.
    Nasib baik perlembagaan negara ini masuh ada ciri ciri mempertahankan agama dan bangsa.

    Kalau tak, kita mgkin lebih dulu lingkup dan dipimpin cina DAP.
    Rahmatan lil alamin cara ikram mmg menyeleweng dan selesa diapit bukan Islam. Tapi hasilnya memang membahayakan masa depan melayu. Idea yg samalah menyebabkan org melayu di Singapura menerima nasibnya sekarang. Mana hak melayu disana? Melayu maju? Melayu memimpin Singapura? Islam dimartabat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapakah yang mempertahankan perlembagaan negara yang ada tu? Apakah ia berdiri kukuh dengan sendirinya?

      Delete
  2. Dr zakir naik pun rilek je org sebit dia satan.

    Ini sama je bila salman rusdi mengarut kita panggil dia setan.eehhh ok pulak.

    Bila lukisan kartun rasulullah keluar kita panggil pelukis setan.

    Berlemah lembut dlm berdakwah.

    ReplyDelete
  3. Dr zakir naik pun rilek je org sebit dia satan.

    Ini sama je bila salman rusdi mengarut kita panggil dia setan.eehhh ok pulak.

    Bila lukisan kartun rasulullah keluar kita panggil pelukis setan.

    Berlemah lembut dlm berdakwah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com