innity

pages

Thursday, April 21, 2016

PERKASA : Sunting laporan PAC: Hasan patut letak jawatan, INTEGRITI dipersoal


SHAH ALAM – Tindakan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Ariffin menyunting laporan panel PAC berkenaan kes 1MDB adalah satu langkah tidak wajar.

Pengerusi Biro Integriti, Anti-Rasuah & Salahgunakuasa Persatuan Peribumi Perkasa (Perkasa), Azrul Akmal Saharudin berkata, tingkah laku menggambarkan beliau tidak menunjukkan sikap jujur dan amanah dalam jawatankuasa tersebut.

“Biro ini memandang perkara ini dengan amat serius dan mempersoalkan integriti Hasan sebagai Pengerusi PAC. Kelakuan sebegini juga tidak sesuai dengan kedudukannya sebagai ahli parlimen.

“Walaupun, Hasan semalam menyatakan ia telah disunting kerana maklumat itu masih dalam siasatan, ianya adalah tindakan yang tidak wajar kerana ianya telah mendapat persetujuan semua ahli panel untuk dimasukkan ke dalam Laporan PAC dan jika ia perlu dikeluarkan, Pengerusi PAC perlu membincangkannya dengan semua ahli panel,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Berikutan tindakan tidak wajar Hasan, pihaknya meminta supaya Pengerusi PAC itu meletakkan jawatan.

Pihaknya dalam pada itu turut menyarankan kerajaan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) untuk menyiasat kes 1MDB secara menyeluruh.

“Dengan Suruhanjaya DiRaja sahaja, siasatan terhadap kes ini dapat dijalankan tanpa ada gangguan dan laporan yang disediakan adalah telus dan boleh dipercayai sepenuhnya sekali gus akan membantu membersihkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang terpalit dengan skandal ini jika beliau didapati tidak bersalah oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja,” katanya lagi. - SH 

8 comments:

  1. Itulah cara nk cari makan.
    Itu bukan salah hassan. Itu salah Tun m.

    ReplyDelete
  2. Jangan terkejut da....

    1.Kunun2 najib nak tunjuk ketelusan, tak bersalah tu pasal tubuhkan penyiasatan 1mdb.

    2.AG dan pengerusi PAC dibawah telunjuk beliau.

    3.dah minta tubuhkan suruhanjaya diraja dari dulu lagi.

    4.tak pun buat referendum?

    5.nak lagi world, buat PRU mengejut.

    6.kenapa najib takut?

    7.sebab beliau tau beliau bakal
    dihadapkan ke mahkamah.

    ReplyDelete
  3. letak jawatan ? jngn mimpi la..ni semua muka tak malu mana nk ingat mati...intergrity ? jauh sekali la..
    suruhan diraja ? klau dia nk buat dh lama dia buat... sbb dia tau klau buat suruhan diraja tu dia dh lama kena tendang dr kerusi PM tu. Siasat Khas tua semua wayang najib saja nk beli masa..ingat rakyaat bodo mcm dia ka.. kami dr legasy peninggalanTun M dah diajaq mengenai fakta dan auta.. kami generasi berpendidikan la bongok, bukan sekolah tak habih mcm najib tu...

    ReplyDelete
  4. Babi punya hassan cari makan. Penipu punya bahlol. Bila aku jumpa nanti aku tempeling muka dia. Hahahahhahaaa

    ReplyDelete
  5. Bukan salah pengerusi PAC tp salah oasispg pasal dia ada bukti yg byk ah gor tak salah..

    Ini semua salah oasispg pasal mulut dia mcm long Kang..

    ReplyDelete
  6. Berahim, ko bolela cakap suh buat ni itu la, sbb ko tak makan dedak.
    Kau gile ke? Suruhanjaya diraja tu maknanya nahas najib dan semua geng 1mdb.

    ReplyDelete
  7. Tubuhkan RCI dan di ketuai oleh TunM..Rasanya, semua yg terlibat dlm skandal ini akan tak senang Duduk dibuatnya...

    ReplyDelete
  8. Najib,bila nk saman WSJ?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com