innity

pages

Sunday, April 17, 2016

Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan HANYA Ada 4 Bangsa - Melayu, Bumiputera Sabah, Sarawak dan Kaum-Kaum Lain

Tulisan : Buzze Azam
Saya tidak melihat keputusan kerajaan ini di buat semata2 utk membeli jiwa pengundi di Sarawak tetapi lebih kepada tindakan kerajaan kembali merujuk kpd istilah2 yg terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Di dalam perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, terdapat hanya 4 pengkelasan bangsa di kalangan rakyat Malaysia iaitu :-
1. Orang Melayu
2. Bumiputera Negeri Sabah
3. Bumiputera negeri Sarawak
4. Kaum-kaum lain
Merujuk kepada Perkara 160 Perlembagaan, di tafsirkan pula 1 lagi kelas bangsa iaitu "orang Asli" sebagai :- Orang Asli Semenanjung Tanah Melayu
Dan perkara 160 Perlembagaan turut mentakrifkan Melayu sebagai :-
a)Menganuti agama Islam;dan
b) Lazim bercakap bahasa Melayu;dan
c) Mengamalkan adat istiadat Melayu
Manakala Perkara 161A (7) Perlembagaan Persekutuan, Bumiputera Sarawak di bahagikan pula kepada 21 kaum iaitu :-
i)Bukitan,
ii) Bisayah,
iii) Dusun,
iv) Dayak,
v) Dayak Laut,
vi)Dayak Darat,
vii) Kadayan,
viii) Kalabit,
ix) Kayan,
x) Kenyah (termasuk Sabup dan Sipeng), xi) Kajang (termasuk Sekapan, Kejaman,
Lahanan, Punan, Tanjong dan Kanowit), xii) Lugat,
xiii) Lisum,
xiv) Melayu,
xv) Melano,
xvi) Murut,
xvii) Penan,
xviii) Sian,
ixx) Tagal,
xx) Tabun
xxi) Ukit.
INI BERMAKSUD, ARAHAN KABINET YG DI UMUMKAN OLEH MENTERI KDN INI HENDAKLAH MELETAKKAN KESEMUA 21 NAMA KAUM DI SARAWAK INI BERSAMA DGN ISTILAH :-
1) Orang Melayu
2) Orang Asli
3) Bumiputera Sabah
4) (ulang tulis i hingga xxi spt di atas)
25) Kaum-kaum lain
HARAPNYA ANDA BOLEH BAYANGKAN BERAPA BESAR RUANGAN UNTUK DI TANDA PADA MANA2 BORANG RASMI KERAJAAN KERANA KITA MEMPUNYAI 25 KAUM YG DI IKTIRAF, DI TAFSIRKAN DAN TERKANDUNG DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.
Tetapi ruang yang besar ini tiada masalah kerana jika ada pihak yg mempersoalkannya, ini bermaksud orang itu tidak tahu bahawa tindakan kerajaan ini di buat selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
DI DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, LANGSUNG TIDAK TIDAK DI TAFSIRKAN ISTILAH "KAUM-KAUM LAIN".
INI BERMAKSUD TIDAK WUJUD ISTILAH CINA, INDIA, TELEGU, BENGGALI, ANAK MAMI, BABA NYONYA DSB DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.
Kaum2 berkenaan kekal di kelaskan sebagai "kaum2 lain" DAN ARAHAN KABINET MELALUI MENTERI KDN MERANGKAP TPM INI HENDAKLAH TURUT MENGHENTIKAN PENGGUNAAN ISTILAH "CINA" DAN "INDIA" DALAM SEMUA BORANG RASMI KERAJAAN.
Saya akan menulis surat rasmi kpd TPM utk mengingatkan beliau tentang hal ini kerana beliau perlu di bantu dan di sokong untuk melakukan sesuatu yg betul mengikut perlembagaan.
MANSUHKAN JUGA ISTILAH CINA DAN INDIA DALAM BORANG2 RASMI KERAJAAN.
Ini adalah undang-undang,
Bukan isu perkauman
Sila share
Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
Peguambela & Peguamcara






4 comments:

  1. Ada AG pun sengal..

    ReplyDelete
  2. Saya stuju dengan pos ini. sokongan penuh untuk dilaksanakan

    ReplyDelete
  3. Memang sudah sampai masa kita betulkan supaya pemerintah seterusnya tak akan rosakkan nilai perlembagaan dan langgarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sokong, jgn buat pandai TPM!, ini melibatkan perlembagaan..baca dan fahami, jgn ikut suka langgar...nanti raayat kata menteri sign saja tak baca.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com