innity

pages

Sunday, April 17, 2016

Pengesahan Menteri Luar Arab Saudi BIKIN Rosak Ana (Najib) Punya Program


Kenyataan Media.

KENYATAAN MENTERI LUAR SAUDI BIKIN ROSAK ANA (NAJIB) PUNYA PROGRAM.

1. Kenyataan Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al Jubeir yang menyatakan RM2.6 bilion yang terdapat dalam akaun peribadi PM Najib adalah derma dari negaranya kepada Najib. Kenyataan Adel BIKIN ROSAK ANA (NAJIB) PUNYA PROGRAM. Najib tahu rakyat tidak percaya dengan kenyataan Adel kerana Adel tidak mengatakan kenyataan dia sebelum ini yang wang RM2.6 bilion adalah PELABURAN tidak betul.


2. Kenyataan Menteri Luar Arab Saudi itu hanya dibuat selepas pertemuan khusus beliau dengan PM Najib di Istanbul sempena Sidang Kemuncak OIC ke-13. Menunjukkan ianya adalah satu kenyataan yang sangat menimbulkan tanda tanya. Ini kerana pada Februari 2016, Menteri yang sama iaitu Adel Al Jubeir menyatakan wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib bukan derma tetapi adalah PELABURAN.

3. Persoalannya, kenapa Menteri Luar itu perlu mengambil masa dua bulan untuk menyatakan wang tersebut adalah derma daripada negaranya dan kenapa beliau perlu tunggu untuk menyatakannya selepas pertemuan dengan Najib? Ini menunjukkan dia dalam keadaan tertekan untuk buat kenyataan. Bagi saya, Adel sangat bijaksana membuat kenyataan tersebut walaupun dalam keadaan tertekan kerana dia masih ingat Februari yang lalu beliau telah pun membuat kenyataan yang menyatakan wang itu adalah pelaburan. Bagi saya, kenyataan Adel sekadar untuk MENGAMBIL HATI ORANG YANG DATANG BERTEMU DENGANNYA. Sebenarnya Adel sedar kenyataan beliau untuk beritahu masyarakat Malaysia dan dunia jangan percaya dengan kenyataannya. Dia BOHONG SAMPAI ORANG TAK PERCAYA. Mesej Adel wang RM2.6 bilion bukan derma. Nasib kau lah Labu (Umno).

KETOI TAIK DISANGKA KAYU

4. Gegak gempita seluruh negara semua media di Malaysia memainkan tajuk berita muka depan dan memutarkan tajuk paparan utama untuk tujuan membersihkan Najib. Pegawai Pejabat PM dan Menteri Komunikasi pun cepat-cepat keluarkan kenyataan minta Tun M bertanggungjawab terhadap kerosakan reputasi negara dan minta mohon maaf kepada Najib dan rakyat Malaysia. Pemimpin Umno dan Menteri-Menteri macam orang lemas mencari tempat nak berpaut sehingga "KETOI TAIK DISANGKA KAYU PENYELAMAT" untuk dia berpaut.

5. Saya percaya kenyataan Menteri Luar Arab Saudi itu bukan kayu penyelamat bagi Najib dan Umno yang lemas tapi akan menenggelamkan Najib dan Umno kerana laporan PAC dan pengakuan IPIC telah mendedah dan membenarkan Skandal negara 1MDB yang Najib tidak boleh dilepaskan dengan kehilangan wang USD4.5 bilion (RM14 bilion). Satu siasatan bebas diperlukan untuk mengheret mereka yang terlibat kemuka pengadilan.

(Saja saya delete penulis sebab nak belajar baca content bukan lihat siapa yg tulis😝)


3 comments:

  1. bagi tau je bro ..Mahfuz :)

    ReplyDelete
  2. Siapa la nk percaya ckp si penipu bangsat misai & rambut beruban tu...tgk muka dia pun dh x nk dah, meluat sih...org tua felda kt pahang je la yg sokong dia

    ReplyDelete
  3. yang dok mengata Najib ni korang ada bukti sahih tak? aku nak sangat tahu ni. sama le dengan penulis blog ini. pasal korang sendiri pun tak percaya pada kenyataan menteri luar arab saudi tu. jadi mesti korang ada buktinya. betul tak?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com