innity

pages

Tuesday, April 12, 2016

Penganjur sedia taja Ramasamy "Penggelar SETAN" hadir syarahan Zakir Naik

PETALING JAYA: Penganjur siri syarahan umum Dr Zakir Naik menjemput Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Prof P Ramasamy dan isterinya menghadiri ceramah itu di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.
Jurucakapnya, Firdaus Wong Wai Hung berkata, pihaknya sedia menaja tiket penerbangan untuk Timbalan Setiausaha Agung DAP itu, sekiranya beliau menerima pelawaan mereka.
“Kami ingin menjemput Prof Dr Ramasamy untuk hadir ke ceramah Dr Zakir Naik di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil sebagai tetamu VIP kami, malahan tidak keberatan menaja tiket penerbangan pergi balik untuk Prof Dr Ramasamy dan isterinya,” katanya kepada FMT.
Mengulas permohonan maaf Ramasamy hari ini, susulan tindakannya menggelar pendakwah dari India itu, Dr Zakir Naik sebagai ‘syaitan’, Firdaus berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah untuk menerima permohonan maaf itu.
“Kami sebagai Muslim tiada masalah untuk menerima permohonan maaf daripada Prof Dr Ramasamy, kerana menggelar Dr Zakir Naik sebagai ‘syaitan’.
“Cuma apa yang ingin kami cadangkan adalah agar setiap wakil rakyat, tidak kira daripada mana-mana parti, seharusnya lebih bijak dalam memilih perkataan untuk disebut mahupun ditulis,” katanya.
Terdahulu, Ramasamy memohon maaf secara terbuka menerusi satu kenyataan media hari ini, kerana menggelar Dr Zakir sebagai ‘syaitan’ dan mangakui kesalahannya itu.
Dr Zakir mencuri tumpuan media baru-baru ini, selepas beberapa kumpulan menyuarakan rasa kurang senang terhadap isi kandungan ceramahnya dan menggesa kerajaan melarang beliau daripada memberi syarahan umum bagi mengelakkan perpecahan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com