innity

pages

Sunday, April 17, 2016

PENGAKUAN MENTERI ARAB WAJARKAN NAJIB SEGERA LETAK JAWATAN

KENYATAAN MEDIA
PENGAKUAN MENTERI ARAB WAJARKAN NAJIB SEGERA LETAK JAWATAN
1. Pengakuan daripada Menteri Luar Arab Saudi bahawa kerajaan mereka yang menderma kepada akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak seolah-olah meletakkan Perdana Menteri Malaysia telah dibeli.
2. Malaysia adalah sebuah negara yang dikenali khususnya dalam rangkaian negara OIC dan NAM di atas sifatnya yang berkecuali. Nama Malaysia selama ini harum dalam beberapa isu termasuk peperangan Bosnia, isu Afghanistan dan juga sokongan terhadap Palestin.
3. Perdana Menteri sebelum ini dapat memainkan peranan dalam OIC untuk menyatakan pandangan, yang membawa nilai positif kepada OIC dan umat Islam.
4. Arab Saudi kini sedang mengetuai suatu blok besar di Timur Tengah dan dilihat sedang bertelagah dengan kumpulan dari blok lain. Oleh itu pengakuan memberi derma kepada Najib itu telah menyebabkan Malaysia seolah-olah telah dibeli untuk menyertai blok yang diketuai oleh Arab Saudi itu.
5. Kesannya, imej hebat Malaysia selama ini akhirnya telah terjejas dengan derma ini. Malaysia tidak lagi dilihat berkecuali dan boleh memainkan peranan.
6. Untuk keluar daripada kemelut ini, saya dengan penuh tawaduk dan rendah diri memohon Najib supaya berhenti dari menjadi Perdana Menteri secara terhormat. Tindakan ini penting bagi menamatkan segala bentuk spekulasi dan tohmahan kepada Malaysia sekaligus memulihkan imej negara yang kini buruk di Timur Tengah termasuk di Eropah.
7. Malaysia hendaklah kembali memainkan peranan seperti dahulu menjadi orang tengah, pendamai, dan bukannya pengadu domba. Itulah peranan yang dimainkan oleh semua Perdana Menteri sebelum Najib Tun Razak.
"Harapan Baru"
HJ MOHAMAD BIN SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
17 April 2016 / 09 Rejab 1437H

9 comments:

  1. Kah kah kah kah... Cakap-cakap presiden PANtart pulak yang blogger ni kutip...

    Presiden PAS pun kalau dengar gelak je... Apa kelayakan yang mangkuk ni ada pun ntah la...

    ReplyDelete


  2. 6.37, kalau berhujah berbaur lucah dan busuk itu mesti datangnya daripada pemakan dedak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lucah??? Tang mana yang lucah tu??? Ada bau nonok ke??

      Delete


    2. Patut la kau tak tau.

      Kurang mendapat didikan dan kasih sayang rupanya.

      Delete
  3. Kenapa lah abg mat sapu kito ni tak abih abih suruh pm lotak jawatan. Cubo lah mainkan isu barang naik skrg ni. Mcm mano nak buek minyak dah turun barang barang lain tak turun hargo. Ini yg amanah yg ponting..rakyat dimerato corok tak makan politik doh. Kok dapek abg mat sapu kito carikan formula bagi membolehkan penurunan hargo barang
    keperluan harian. Kalau hargo barang turun mcm semasa abg mat sapu tingga kek kualo pilah dulu pun cukup lah..tak ondak lobih lobih doh...abg mat sapu kono ikhtiar dan fikir formulo ee tu yo. Kalau tak buleh.buek mengabihan boreh jo..

    ReplyDelete
    Replies


    1. 8.50, ekau ni buek malu oghang Pilah jo lah. Kan kek Pilah tu ado Hassan Malik, bokeh montoghi KPDNK. Takkan kek kampung sendighi pun tak boleh control hargo baghang. Malu la Najib montoghi dio tak buek kojo. Montoghi baghu tu camno pulak? Tak leh control jugak ko?

      Mat Sabu tu bukan montoghi. Dio tak dapek nak buat apo-apo doh.


      Delete
  4. Sekurang-kurangnya Mat Sabu bercakap menggunakan otak yang waras.. Kalau jika dibandingkan dengan menteri-menteri dan pemakan dedak Najib. Semuanya bercakap menggunakan kepala lutut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Engkau ni pun sama jer mcm mat sabu. Bercakap melalui mulut bukan bercakap melalui otak dan lutut. Otak mencetuskan pemikiran waras dan
      tak waras disalurkan kpd hati dan ditashdikan dan diterjemahan melalui lidah keluar ikut mulut barulah berkata kata ikut bahasa. Kalau guna otak untuk bercakap..itu salah..samalah taraf mcm pemakan bangkai dan dedak. PM dan menteri yg ada sekarang berpendidikan dan diberi kepercayaan untuk mengetuai kerajaan dan kementerian. Kalau anda bijak dan berpendidikan serta diberi mandat kepercayaan..kenapa anda tidak terpilih???..kerana anda tidak layak untuk jadi seperti pm dan menteri..

      Delete
    2. Maksudnya wakil parlimen dr umno yg tak dilantik jd menteri adalah banganglah ye sebab itu najib lantik said keruak jd menteri walau bukan ahli parlimen

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com