innity

pages

Saturday, April 16, 2016

[PEMBANGKANG BODOH] Tun M: Tuntut Bebaskan Anwar bakal GAGALKAN Deklarasi Rakyat


SHAH ALAM - Permintaan untuk membebaskan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui Deklarasi Rakyat hanya akan memecahbelahkan gerakan tersebut, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, sebaliknya rakyat yang menyokong Deklarasi Rakyat perlu fokus kepada tujuan utamanya iaitu mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berundur.

“Kalau kita nak buat keputusan tentang Anwar, itu ini, hasilnya kita akan pecah belah diri kita. Selagi ada Najib di situ, jangan fikir kita boleh buat apa-apa perubahan. 

“Sebab itu kena bersatu untuk satu tujuan iaitu singkirkan Najib,” katanya dalam  Forum Laporan PAC 1MDB : Najib - Bersubahat atau Tidak Bersalah? anjuran Pakatan Harapan, di sini, kelmarin.

Beliau berkata demikian menjawab soalan penonton sama ada Deklarasi Rakyat akan turut menuntut pembebasan Anwar yang kini dihukum penjara. 

Menurut Mahathir, Deklarasi Rakyat hanya akan mendapat sokongan ramai jika mereka mempunyai matlamat yang boleh diterima semua orang.

“Kalau bangkit soal ‘saya nak ini, saya nak itu’, minta maaf, kita akan gagal,” katanya.

Sementara itu menjawab satu lagi soalan mengenai pemilihan Perdana Menteri jika Najib berjaya disingkirkan, Mahathir berkata, beliau yakin orang Umno tidak akan memilih pengganti yang sama seperti Najib.

“Memang betul kalau Najib jatuh, besar kemungkinan parti terbesar dalam Parlimen akan pilih satu orang jadi perdana menteri. Mungkin terdiri dari Umno. 

“Saya fikir mereka dah lihat apa jadi pada Najib dan bodohlah kalau mereka (masih) pilih orang macam Najib untuk jadi perdana menteri,” katanya.

6 comments:

  1. bahana kerjasama dengan musuh, tak leh pakai tul Nurul Izaah
    dulu pembangkang setuju nape, bila nampak deklarasi rakyat makin berjaya, nak sabotaj pulak

    ReplyDelete
  2. Deklarasi rakyat in idea terbodoh Tun M

    ReplyDelete
  3. Ampa yg xpahammm, tujuan utama turunkn najib, yg ampa dok selit nk tuntut bebas si anuar tu buatapa, biaqla dia dok dlm tu, xlma dh pun, .bg la can kat dia nk belajq erti hidup, jgn dok kacau, nnti huruhara lg, dh lma dh kita rasa aman damai, top2 hal utang pulak dibuat tok jib gor..kita pakat2 selesai hat ni pulak lahhh..tok jib ni bahaya dh, kot2 nnti Malysia kna juai, haaa kita smua nk dok mna, nk lari p negara mnaaa..kita sokong Tun M..mesti brjaya punya lahh

    ReplyDelete
  4. Idea Tun lagi baik dari sokong PM Malaysia yg dah tersohor diseluruh dunia sebab korupsi...

    ReplyDelete
  5. kawe tak pecayo pembakey bodoy,pemiping pembakey semua pandai,tetapi pandai menipu jer laa.loyar burok nomor satu.

    ReplyDelete
  6. Biaq pi lah nuar Kat dlm Tu..buat menyemak je bila keluar.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com