innity

pages

Sunday, April 24, 2016

Pegawai Najib di PMO pun TAK SABAR Nak Dapat PM BARU?


Entah ke mana perginya para menteri, pemimpin dan hulubalang UMNO, alih-alih Setiausaha Akhbar Najib Razak sendiri yang ternampak paling ke depan mahukan Tun Mahathir Mohamad menamakan siapa calon PM dan TPM pilihannya bagi menamatkan spekulasi bahawa beliau sedang menyediakan laluan untuk anaknya, Mukhriz bagi jawatan tersebut.

Sedarkah pegawai Najib itu bahawa Mukhriz tidak boleh dinamakan sebagai calon PM atau TPM memandangkan kedudukannya hanya sebagai ADUN saja, bukannya Ahli Parlimen?

Jadi, menamakan sesiapa pun sebagai calon PM dan TPM, Mukhriz tidak mungkin boleh disenaraikan sama sekali dan tidak ada kaitan dengan spekulasi laluan  masa depannya dalam politik negara ini.

Tetapi, jika selepas PRU 14 atau beberapa tahun akan datang tersedia laluan yang selesa untuk Mukhriz, ia tentulah tidak logik dikaitkan dengan siapa calon PM dan TPM yang akan dinamakan oleh Tun Mahathir sekarang ini.

Ketika itu, ia lebih berkaitan dengan sokongan ramai terhadapnya, selain bagaimana usaha Mukhriz sendiri melonjakkan dirinya.

Menggunakan hujah Mukhriz bertanding jawatan Naib Presiden UMNO tidak boleh dijadikan sandaran mutlak bahawa beliau ada cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.

Berapa ramai mereka yang bertanding Naib Presiden UMNO, malah yang menang sekali pun selama ini,  diketahui tidak bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri dan  bukan  juga sebagai "material"  untuk jawatan itu?

Dalam pada itu, kenapa seorang Setiausaha Akhbar yang hanya "makan gaji"  dengan Najib  begitu beria-ia mahu tahu siapa calon PM dan TPM seterusnya?

Jika semua pemimpin yang menandatangani Deklarasi Rakyat, bahkan rakyat yang turut menyokongnya pun boleh bersabar mengenainya kerana keutamaan mereka ialah mahu melihat Najib diundurkan terlebih dahulu, mengapa pegawai Najib sendiri tidak boleh bersabar? 

Apakah beliau sudah tidak sabar untuk mendapat PM dan TPM baru untuk Malaysia?

Jika beliau begitu bersungguh mahu mengetahui siapa bakal PM dan TPM selepas ini, maka beliau semestinya segera bertukar menjadi antara yang bersungguh memastikan Najib letak jawatan dalam waktu terdekat ini.

Jatuh Najib, tahulah kita semua siapa PM dan TPM baru. 

Mudah saja kan!!

Tetapi ia tetap bukan Mukhriz kerana hanya mereka yang setaraf pemikiran dengan Fuad Zarkashi saja boleh terus bermimpi seorang Adun boleh dinamakan sebagai PM atau TPM bagi negara ini. 

(http://shahbudindotcom.blogspot.my/ 23/04/2016)


3 comments:

  1. Siapa barau lahanat SUO najib bangang ni. Ahli umno mana ..ajak bahagian mana ..apa jawatan dalam parti ..kalau hebat sangat ...masuklah politik ..kena tebas macam shahlan bodoh ..fatmi sengal ..latt bebal ..shafei baral ..setakat cakap bolehlah ...kalau kena tempeling besok jangan nak melalak ...

    ReplyDelete
  2. Apa tu yg bagi komen pun sama jer...jgn susah susah lah yg penting negara aman mcm skrg. Sapa nak jadi pm tak kesah. Tau dah klu najib jatuh pun akan afa pengganti. Masalahnya skrg ni rakyat masih mahu pm najib. Kita sokong jer lah. Pru 14 nanti klu nak ubah boleh ubah..bawak bersabar..jgn kata mengata sesama sendiri nanti jadi fitnah..aku rasa pru 14 nanti pm masih najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "..rakyat masih mahu pm najib.." <-- Ni auta bebal mana ni???

      Rakyat tak mau la Pemimpin berperangai macam Lahanat!

      Pemakan dedak haram je yg tak kisah...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com