innity

pages

Wednesday, April 20, 2016

[PAS-UMNO BERSATU] ISMA Setuju, Pas kata itu Hanya Pandangan Dr. Zakir Naik


Perpaduan dan permuafakatan antara orang Melayu perlu dibentuk dalam apa jua langkah termasuk politik demi menjaga kedaulatan Islam, kata Yang Dipertua Majlis Syura Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Sharipuddin Ab Kadir.
Beliau berkata, mereka yang tidak suka pemuafakatan adalah mereka tidak suka melihat Melayu Islam bersatu di Malaysia.
“Sepatutnya bukan setakat Umno dan PAS sahaja tetapi pemuafakatan ini sepatutnya melibatkan seluruh parti Melayu dan Bumiputera di Malaysia.
“Musuh Islam dalam dan luar negara memang tidak suka melihat Melayu bersatu dan bersepakat terutamanya dalam perkara yang menjadi kepentingan utama agama bangsa dan negara,” katanya seperti dilapor portal Ismaweb.net.
Beliau berkata demikian mengulas pandangan pendakwah Islam antarabangsa, Dr Zakir Naik agar dibentuk kerajaan campuran antara Umno-PAS.
Dr Zakir berpendapat kerajaan campuran Umno dan PAS akan memberi banyak kebaikan kepada Malaysia dalam memacu negara ke hadapan serta mengukuhkan Islam.
“Saya bukan hendak memberitahu Umno dan PAS perlu menjadi sebuah parti, tetapi jika mereka boleh berbuat demikian, Alhamdulillah…(jika tidak), mereka boleh mengekalkan parti dan identiti masing-masing.
“Namun, jika mempunyai kerajaan campuran, ia akan menjadi gabungan untuk orang Islam,” katanya dalam satu rancangan terbitan TV Al-Hijrah malam tadi.
Mengulas lanjut Sharipuddin berkata, beliau menyambut baik cadangan Dr Zakir Naik demi kebaikan umat Islam di Malaysia sambil menyatakan Isma telah lama mempromosikan perpaduan Melayu melalui slogan ‘Melayu Sepakat Islam Berdaulat’.
“Cadangan yang baik dari mana-mana sumber tidak salah untuk kita menerimanya. Lebih-lebih lagi cadangan untuk kebaikan umat Islam di Malaysia terutamanya bangsa Melayu.
“Dia sedikit pun tidak mencampuri urusan politik negara Malaysia. Rakyat diberi kebebasan untuk berfikir dan membuat keputusan mana yang terbaik untuk mereka.
“Lagi pun negara kita pernah bantu Selatan Thailand dan Selatan Philipina dalam kemelut politik mereka. Alhamdulillah berjaya,” katanya ketika dihubungi Ismaweb hari ini.
Itu hanya pandangan peribadi Dr Zakir
KOTA BHARU – Saranan penceramah tersohor, Dr Zakir Naik berkenaan kerajaan campuran antara Pas dan Umno hanyalah pandangan peribadi beliau sahaja.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pandangan tersebut diterima dengan terbuka namun sebagaimana yang semua tahu, Pas tidak akan berganjak dengan pendiriannya sehingga kini.

“Pas tidak pernah berhasrat untuk bergabung dengan Umno,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai pandangan Zakir yang didakwa berkata, kerajaan campuran Umno dan Pas akan memberi banyak kebaikan kepada Malaysia dalam memacu negara ke hadapan serta mengukuhkan Islam.

Selain itu, Zakir juga mendakwa, beliau bukannya mencadangkan dua parti politik Islam utama negara itu bergabung, tetapi adalah lebih baik jika kedua-dua parti politik berkenaan membentuk kerajaan campuran yang akan menjadi gabungan untuk orang Islam.

Sementara itu, dalam perkembangan yang sama, Ketua Penerangan Pemuda Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Pas menghormati pandangan ulama tersebut sebagai seorang cendekiawan Muslim yang dihormati di seluruh dunia.

Bagaimanapun, Ahmad berkata, Zakir masih tidak mempunyai gambaran yang jelas berhubung dengan situasi politik di Malaysia.

“Pas terus dengan pendiriannya bahawa penggabungan antara Pas dan Umno tidak akan berlaku sama sekali. Pas akan terus dengan politik matang dan sejahtera, bekerjasama dengan kerajaan dalam isu-isu yang memberi kebaikan kepada rakyat.

“Kami juga akan terus berada di barisan pembangkang untuk mengambil laih kepimpinan daripada Umno dan BN yang sudah pun tidak layak untuk memimpin negara,” katanya.

4 comments:

  1. Yg pasti pas adalah didikan ikhwan muslimin di Mesir yg tdk mengira apa pegangan aqidah dh kepercayaan asalkan setuju dgn agendanya diterima. Begitu juga kapir harbi. Mk x heran la dlm pas ada syiah yg langsung x disentuh pegangan aqidahnya. Pengamal tarekat joget2 pn ramai dlm pas. Lg satu x payah la nk nafikan yg pas x didik penyokongnya jd pelampau cam isis, al-qaeda, bomber suicide. Dasar khawarij terang2 dia ikut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang ni merapu lah oasispg....menyesal aku terbaca komen hang.

      Delete
    2. Semoga korang dibukakn hati menerima kebenaran bkn menerima fitnah dan kepalsuan

      Delete
  2. PAS tetap PAS Kekal dgn sikap tamak Dan tak berapa cerdik.Bergabung dgn kapir DAP dulu boleh pulak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com