innity

pages

Wednesday, April 20, 2016

PAS tak akan sertai BN, Takiyudin jawab Zakir Naik


BANGI, Rabu – PAS hari ini menegaskan bahawa parti itu tidak akan menyertai Barisan Nasional, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan.
Menjawab saranan Dr Zakir Naik agar UMNO dan PAS membentuk kerajaan campuran beliau berkata, PAS sentiasa berpegang teguh kepada keputusan Majlis Syura Ulamak PAS yang parti itu tidak akan sertai UMNO.
Walaupun begitu katanya, PAS sentiasa tegas dan konsisten serta mengambil pendekatan meneruskan agenda kerjasama dengan mana-mana pihak dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan demi untuk memperkukuhkan Islam dan perjuangan.
“Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bila mana dan selama ianya mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara,” katanya.
Semalam, Dr Zakir berpendapat kerajaan campuran UMNO dan PAS akan memberi banyak kebaikan kepada Malaysia dalam memacu negara ke hadapan serta mengukuhkan Islam.
“Saya bukan hendak memberitahu Umno dan PAS perlu menjadi sebuah parti, tetapi jika mereka boleh berbuat demikian, Alhamdulillah…(jika tidak), mereka boleh mengekalkan parti dan identiti masing-masing.
“Namun, jika mempunyai kerajaan campuran, ia akan menjadi gabungan untuk orang Islam,” katanya dalam satu rancangan terbitan TV Al-Hijrah malam tadi. - ismaweb

5 comments:

  1. Tk nk sudahlah...kita tk paksa pun,bye sayang..

    ReplyDelete
  2. Takiyudin ni bangang ka bahlul..
    Mmg dasar yahudi...
    Dgn pakatan pkrdapigs laknatullah blh la pulak..
    Cilaka punya org.
    Kalau x mau bergabung satu parti pun ok la ....sekurang2nya bersatu lah demi islam...
    Bodoh baghal punya manusia

    ReplyDelete
  3. Rakyat dah tak sokong najib dan pencacainya.

    Terimalah kenyataan dan hakikat ini.

    ReplyDelete
  4. Golongan khawarij je yg x terima Najib. Pg mkn sup Idung ngan LGE sana. Dia kn khaifah umar yg ko sanjung

    ReplyDelete
  5. Saudara 12.11, Bagaimana boleh timbul 'golongan khawarij' kepada mereka yang anti Najib?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com