innity

pages

Wednesday, April 27, 2016

PAS: Menteri Kewangan 'terhebat' MEMBISU keingkaran 1MDB


Tiada sebarang komen dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas 1MDB diisytihar ingkar kerana gagal membayar faedah AS$50.3 juta untuk bon berbilion dolar terbitannya yang dijamin International Petroleum Investment Corporation (IPIC).
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, akhbar Singapura baru-baru ini melaporkan kerajaan terdedah kepada hutang lebih AS$6.481 bilion kepada syarikat milik Abu Dhabi itu.
Bagaimanapun, katanya, Najib yang juga menteri kewangan Malaysia tetap membisu.
"Apakah impak keingkaran ini kepada negara, hutang-hutang negara yang lain dan juga nilai ringgit dalam jangka panjang dan pendek? Sunyi sepi daripada menteri kewangan," katanya.
"Jadi berapakah hutang 1MDB setelah IPIC tidak mahu meneruskan perjanjian itu? Siapa yang akan bertanggungjawab? Menteri kewangan tidak mengendah.
"Ini bukti Malaysia mempunyai menteri kewangan yang 'terhebat'. Sudah sampai masanya rakyat bertanya apakah perlu rakyat terus membayar gaji kepada menteri kewangan 'terhebat' ini?" soalnya pada satu kenyataan media.
Dalam kenyataan akhbar semalam 1MDB mempersalahkan IPIC milik Abu Dhabi kerana gagal membuat pembayaran faedah AS$50.3 juta seperti ditetapkan mengikut terma terikat yang dipersetujui pada 28 Mei 2015.
Mengikut IMDB, IPIC bertanggungjawab membayar faedah dan jumlah asas bagi AS$1.75 bilion bon yang matang pada 2022, yang diterbitkan oleh 1MDB Energy (Langat) Ltd.
Disebabkan pertikaian antara pihak terlibat, 1MDB dan anak syarikatnya 1MDB Energy (Langat) Ltd, tidak membuat pembayaran dan kini ingkar mengikut syarat bon berkenaan.
Straits Times Singapura melaporkan pengisytiharan ingkar itu mendedahkan kerajaan dengan hutang lebih AS$6.481 bilion kepada Abu Dhabi.
Justeru, Tuan Ibrahim mempersoalkan sekiranya Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) perlu memanggil semula presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy bagi mengetahui pelbagai hutang 1MDB yang masih gagal didedahkan.
"Kepada saudara Arul, dedahkanlah semua sebelum terlambat. Ini adalah jasa terbesar saudara kepada rakyat Malaysia," katanya. - MK

8 comments:

  1. Aku sokong 2.6 belion % kenyataan PAS ni. MAna pi Menteri Kewanagn aku ni?? Awat senyap seribu bahasa? Yg dok pi berkampong kat Sarawak tu pasai apa? Adna Satem boleh take care his own state, tak prlu PeeMmm kat situ. Negara dalam kerisis ni - panggil dia balik Putrajaya untuk selesaikan masalah ni segera!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stakat ni msia tak ada krisis apa..cuma yg krisis ahli-ahli politik saja. Ekonomi pun mcm biasa jer..rakyat tak terjejas apa-apa pun. Keadaan negara aman tak ada pulak huru-hara, tak ada pulak perintah berkurung. Bank-bank seluruh negara ok jer..tak der bank yg tutup..bank negara ok jer..entahlah tak nampak apa kekurangan yg ketara terhadap negara. Ramai juga rakyat negara luar dtg ke negara ini mencari pekerjaan..pelancung pun ramai datang. Yang kata negara dlm krisis ini tak berapa sihat rasanya.

      Delete
    2. Kalau benih Pokok ditanam hari ini, esok dia dah boleh Tumbuh jadi Pokok besar dan terus Berbuah ke???

      Begitulah dgn Benih Pokok HUTANG yg ditanam oleh seorang Menteri Keewangan ini...Kesannya bukan kita buleh rasa "ON THE SPOT"... Yg tu pun tak boleh nak pikir...Asyik tau nak SPIN jer kerjanya...

      Delete
    3. Rasanya orang macam ko ni yg tak sihat.. BEBAL BUTA PEKAK BISU TULI..

      Negara dah semakin jahanam TAPI masih ada manusia BINGAI macam ko..

      Memalukan keturunan je..

      Delete
  2. 1.41,

    Pada masa ini, penoreh getah umpama kais pagi makan pagi, anak kesekolah takde belanja. Terpaksa buat 2-3 kerja tambah pendapatan.Najib pula kurangkan belanjawan tahunan untuk orang miskin Dari 200 juta kepada 10 juta.

    Rakyat marhaen pula, pergi pasar nak beli ikan tak jadi sebab mahal, terpaksa makan nasi dengan ikan masin (telor Najib takder) ditambah pula dengan el nino, pokok dan tumbuhan tak subur petani pula dapat kesannya.(penternak seperti Najib mewah, pemakan dedak pula kenyang sumbat duit haram)

    Situasi politik pula, terengganu dalam keadaan meruncing, sarawak kalau najib pergi berkempen, pasti makin berkurangan kerusi BN.

    Dari segi keselamatan pula, ISIS hari ini anggap Malaysia musuh mereka sebab Najib cakap 'kununn derma' untuk benteras ISIS, Sabah pula krisis penculikan makin meruncing, negara asing dah tak benarkan rakyat mereka melawat Dan melancong ke Sabah.

    Sistem politik, pentadbiran Dan perbankan negara pula menunggu masa untuk runtuh,disebabkan skandal 1mdb, sehinggakan nak bayar hutang 50 juta kepada ipic pun Najib tak mampu.

    Diharap kan jabatan agama Islam seperti jakim boleh berdoa agar Malaysia tidak dibinasakan oleh Najib (bukan suruh taat kepada pemimpin yang korup, zalim Dan menganaiya rakyat)

    Tunggu lah je masanya apabila negara jadi porak peranda Dan masa tu mufti2 berdoa pun tak guna dah.

    ReplyDelete
  3. yaker bank2 ok? setau aku bank2 ok sbb dah berentikan ramai pekerja..jiran sebelah rumah dulu kerja RHB skrg dah duk umah jer..Tesco Kepong pun dah VSS ramai pekerja dia...

    ReplyDelete


  4. Betul tu 1.41 AM

    Semuanya sangat ok.

    Rakyat sumer happy belaka.

    Takder apa yang merisaukan.

    Duit banyak, pendapatan tinggi.

    Harga komoditi, seperti getah dan sawit, sangat-sangat memuaskan.

    Harga barang-barang keperluan sangat ok, tidak membebankan langsung.

    Ekonomi negara sangat kukuh dan Ringgit Malaysia menjadi pilihan para pelabur asing.

    Malahan bilangan kedatangan pelancung asing tahun ini jauh mengatasi tahun-tahun sebelumnya.

    Anak-anak muda semuanya tersenyum riang dapat belajar di IPT - biasiswa ada, pelbagai bantuan ada.

    Yang dah graduate pun sangat bahagia, kerja dah siap menunggu, bahkan para majikan berderet-deret beratur membawa tawaran pekerjaan.

    GST langsung tiada masalah, kalau boleh nak cadangkan kepada Menteri Kewangan supaya digandakan dalam Bajet 2017 nanti.

    GST sangat membawa kemakmuran kepada negara dan rakyat semuanya sangat setuju dan seronok.

    Malahan dicadangkan dalam Bajet 2017 nanti dinaikkan segala jenis cukai dan toll untuk kesejahteraan negara.

    Rakyat no hal punya, mesti setuju sebulat suara.

    Dan kalau boleh ditambah lagi syarikat seperti 1MDB: 2MDB ker, 3MDB ker, kerana ia sangat menguntungkan negara dan membawa pulangan yang sangat besar.

    Yang paling penting sekali, dicadangkan PM dan kabinet yang ada sekarang dikekalkan selama-lamanya kerana prestasi mereka yang sungguh hebat dan tidak mampu ditandingi oleh sesiapa pun.

    Sungguh indah Malaysia ku permai.

    ReplyDelete
  5. Itulah kehebatan anak didik Najib .... "the country is on the right track "...

    Right track to where ??? to hell !!!!



    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com