innity

pages

Wednesday, April 27, 2016

PAS Beri SURAT TUNJUK SEBAB kepada Mahfuz Omar kerana sertai Gerakan Selamatkan Malaysia


ALOR SETAR - Dua wakil rakyat Pas diberikan surat tunjuk sebab susulan penglibatan mereka dalam aktiviti Gerakan Selamatkan Malaysia (GSM) peringkat negeri ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa dikatakan menerima surat berkenaan selepas tersebarnya poster program GSM yang akan berlangsung 1 Mei depan.

Setiausaha Pas Kedah, Musoddak Ahmad ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, di mana Badan Perhubungan Pas Kedah yang bermesyuarat baru-baru ini sepakat mahu kedua-dua wakil rakyat itu memberikan penjelasan atas pembabitan mereka dalam GSM.

“Surat berkenaan baharu sahaja dihantar dan kita beri tempoh seminggu untuk dijawab. Setakat semalam, Pas Kedah belum terima surat jawapan daripada kedua-duanya,” katanya.

Menurutnya, tindakan itu dibuat berdasarkan kepada surat pekeliling Pas Pusat yang menghalang ahli partinya terlibat secara langsung dalam aktiviti atau program Amanah dan DAP.

“Berdasarkan kepada perkembangan politik semasa, Pas juga tidak benarkan ahlinya sertai Deklarasi Rakyat, namun tindakan Mahfuz dan Mohd Nasir secara terang-terangan beri komitmen kepada GSM, menyalahi prinsip parti,” katanya.

Musoddak berkata, poster yang memaparkan Mahfuz dan Mohd Nasir bersama pimpinan Amanah, DAP dan Team B Umno, jelas membuktikan penglibatan dua wakil rakyat Pas itu, dan tindakan wajar diambil.

Sementara, Mohd Nasir ketika dihubungi berkata, sehingga semalam belum menerima surat dimaksudkan, namun berlapang dada untuk memberikan maklum balas.

“Saya tetap ahli Pas, walaupun saya sokong apa yang diperjuangkan dalam Deklarasi Rakyat yang digerakkan bawah GSM yang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disingkirkan,” katanya.

Menurutnya, tindakannya bersetuju dengan perjuangan GSM tidak menyebabkan dirinya terkeluar dari Pas, berikutan hanya bersetuju dengan agenda jatuhkan Najib.

“Sebagai wakil rakyat yang membawa suara rakyat, saya berasakan perlu untuk kita gembleng kesepakatan ini sehingga pilihan raya supaya rakyat bersedia. Pembangkang dari pelbagai parti mahu lawan BN, itu yang dipersetujui,” katanya.

Mohd Nasir menegaskan, perjuangannya tetap dengan Pas, namun menyokong GSM kerana itu yang rakyat mahukan.
“Satu minit pun saya tidak bersetuju jika Najib dikekalkan. Isu 1MDB dikaitkan dengan beliau sudah lama berlarutan dan perlu diselesaikan segera, namun jawapan yang diberikan beliau tidak memuaskan hati,” katanya.

Menurutnya, inilah yang perlu diperjuangkan rakyat, bukannya memberi tumpuan kepada isu remeh.
Mahfuz ketika dihubungi bagaimana pun enggan mengulas buat masa ini. - SH



[Tandatangani Deklarasi Rakyat buang Najib di sini]

6 comments:

  1. Sesiapa yg bolih tolong Mafuz jawab..sebab kalau soalan objective pun tak lepas..nikan subjective... kesian ..low class dan low IQ ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala, setakat dapat surat cintan dari PAS, mahfuz tak heran la... Jawatan dalam PAN dah menanti dia lepas kena buang dari PAS nanti.

      Jiwa, minda, badan, kepala semua dah dalam PAN, tinggal sebelah kaki je yang duk dalam PAS.... Takut jatuh talak 3 le tu...

      Delete
  2. 11.53

    atas kapasiti peribadi la bodoh! Stakat tunjuk sebab, umno sendiri dah keluarkan beribu ribu surat tunjuk sebab pada ahlinya. Timbalan presiden kena buang lagi.

    Sebelum lu tanya iq low class atau iq, tanya diri tu, stakat 1 baris ayat, kemudian kikikiki?

    Mental da kronik ke per?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko tu mental dah kronik jugak ke? Timbalan Presiden kena buang?? ada kena surat tunjuk sebab sekali ke??

      Delete
  3. Bila pulokkk Parti PAS ni jadi KERAJAAN?? Bukankah PAS ni PEMBANGKANG??
    POLITIK PAS hari ni memang dah Terbalik dahhh....Tiba2 jer jadi "PEMALU" & "BISU"...
    Takpo lah PAS, janji demoo Bahagia....

    ReplyDelete
  4. Siapa ada masa..sila tolong si Mahfuz jawab..Dia bukan tahu menulis surat...kesian..Petua..kalau Mahfuz nak terlepas..sila tulis bahasa inggeris.. Pas tak pandai baca..Mafuz pun tak faham apa dia tulis..kan senang..dua dua ..Yes..No..all right.. Lepas tu tanya..Mat..hang nak kawin lagi ka..! kelakar yg tak lawak langsung..sendiri ketawa sewel..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com