innity

pages

Monday, April 11, 2016

[PANAS][1MDB] Najib sedar dan tandatangan dokumen perjanjian RM3.92 bilion – Shahrol

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja sedar tetapi juga telah menandatangani kerjasama antara 1MDB dan Petro Saudi bernilai RM3.92 billion (USD1 bilion).
“Beliau menandatangani dokumen jadi bermakna beliau sedar,” kata bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi ketika memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Akhbar The Sun melaporkan, berdasarkan tranksrip rakaman hansard ketika prosiding PAC yang dikeluarkan baru-baru ini, Shahrol memberitahu, 1MDB telah memperoleh kebenaran pemegang saham dan Lembaga Pengarah untuk kelulusan perjanjian itu yang telah ditandatangani Perdana Menteri, seperti yang dikehendaki mengikut Memorandum & Artikel syarikat (M & A).
Mengikut Artikel 117 (c) M & A, sebarang komitmen kewangan (termasuk pelaburan), penstrukturan atau apa sahaja perkara yang melibatkan jaminan kerajaan untuk kebaikan syarikat, kepentingan negara dan sebarang polisi kerajaan perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Perdana Menteri.
“Ada perbincangan mengenai bagaimana usaha sama itu dilakukan. Tetapi saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa sebenarnya perjanjian itu dibentangkan dan ia telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah 1MDB dan pengurusan mengambil sebagai kuasa untuk memuktamadkan perjanjian itu, ” katanya menurut rakaman hansard itu.
Shahrol menjelaskan perkara ketika disoal ahli PAC William Leong Jee Keen dan Tony Pua Kiam Wee.
Berdasarkan rakaman Hansard itu juga, Pua bertanyakan penglibatan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low dalam perjanjian itu, Shahrol memberitahu, Jho Low individu bertanggungjawab memperkenalkan Petro Saudi kepada 1MDB.
Katanya, Jho Low bekas Penasihat Terengganu Investment Authority (TIA) yang kemudian dikenali 1MDB.
Dalam laporan PAC mengenai 1MDB setebal 106 muka surat yang dibentangkan di Dewan Rakyat Khamis lalu membuat kesimpulan berjanjian kerjasama berjumlah USD1 bilion dibuat tanpa usaha yang sewajarnya.
Laporan itu menyatakan, tiada maklumat terperinci tentang projek dalam kertas cadangan yang disediakan pihak pengurusan dan tiada kajian sebarangan kemungkinan yang berlaku terhadap pelaburan yang dijalankan itu.
PAC mendapati Lembaga Pengarah 1MDB gagal melaksanakan tugas untuk melindungi syarikat dan pemegang saham dan meletak kesalahan kepada Shahrol di atas kelemahan-kelemahan pengurusan.
Laporan itu juga mengesyorkan pihak terlibat menyiasat Shahrol dan pegawai pengurusan 1MDB yang berkaitan.
Shahrol dalam satu kenyataan media bagaimanapun menjelaskan, tiada kesalahan atau aktiviti melanggar undang-undang berlaku dalam syarikat itu ketika di bawah pengawasannya.
Katanya, beliau telah penjelasan penuh dan secara jujur kepada PAC tentang perkara yang berlaku ketika beliau menjadi CEO 1MDB dan bersedia untuk memberi kerjasama.
“Saya akan terus beri kerjasama penuh, yakin dengan sepenuh hati bahawa saya tidak melakukan sebarang kesalahan dan tiada apa yang hendak disembunyikan,” kata Shahrol. - FMT

5 comments:

  1. mende ntah lapur sekerat sekerat ... prosiding tu kan sebahagian dari siasatan ..bagi la abis dulu baru buat kesimpulan
    samala kalo orang ambik sikit ucapan Tun M ... "DAP parti rasis.." kesimpulannya Tun M cuma bergurau senda .. tengok sekarang elok jer comolot dengan LKS.. takde hal pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Whats intriguing is 4:02 PM feeling the pain in the butt? The Bugis-Pirate was so quick to jumped at Tun M upon the PAC Report when the rakyat was still taking in whats being reported.....and thumping the people to put the 1MDB matter to rest!

      Dude, the LIE is now so HUGE that Bugis-Chief-Pirate and his band of Thieves could no longer cover the initial LIES that has now snowballed into an avalanche with many countries investigating! The money-trail is showing on an international web-of-financial-transactions that deploying every assets of its PDRM or any other agencies on domestic front to suppressed or oppressed information from coming out, would be futile.

      TRUTH WILL BE TOLD! UMNO is being so darn stupid for willingly to be taken for a ride only to save one man's stupid ideas of 1MDB & Donation.

      Dude, if Bill Clinton's 'sexcapades' behind the SECURED wall of The White House could come out in the open and, its basically an individual's (PRIVATE) lust that has taken over his power to think as the most Powerful President in the planet that caused him being impeached....and if you can also look upon similar local scene involving Anwar Ibrahim..., so would you in the right frame of sensible thinking man that Najib could simply get away with such HUMONGOUS SCANDALS of his own creations???

      Serve you and the Chief-Pirate with his Goons-of-Cabinet-Ministers to be feeling the heat as it is not going to dissipate anytime soon, cheerios!

      MLN

      Delete
    2. panjang lebar bagi ulasan .. ko pehal ??
      ko ingat aku tak tau ko siapa ... tak cukup ke madey bagi dedak

      Delete
  2. Najib tak sedarlah ??? Banyak bende yang dia sign hari ..manalah dia nak tau. Dahlah tu. Najib ni sucilah. Duit lebih pun dia boleh pulang balik. Kalau orang arab boleh nampak betapa ikhlasnya najib. Kita orang melayu kenalah terima semua ...hahhahahahahahaaahahahahhaa

    ReplyDelete
  3. Mungkin najib macam gus dur bekas presiden indonesia?

    Tahukah anda keupayaan penglihatan gus dur hanya sekitar 20%?

    Tu pasal najib tidak tahu apa yang dia tandatangan?

    Kesian la skit kat najib tu, pencacai pun ada cakap, kena taat dengan pemimpin bernama najib ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com