innity

pages

Wednesday, April 20, 2016

'PAKAR PROPAGANDA', Papagomo Dihalang Masuk Sarawak


PETALING JAYA: Blogger kontroversi Papagomo menjadi individu terbaharu yang dihalang daripada memasuki Sarawak.

Papagomo, atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris berkata dia telah dihalang oleh pegawai di Jabatan Imigresen sebaik sahaja mendarat di Lapangan Terbang Kuching pada petang Rabu.

Dia mendakwa alasan dirinya dihalang masuk ke negeri itu adalah kerana dia seorang 'pakar propaganda'.

"Pegawai yang bertanggungjawab memberitahu saya bahawa arahan untuk menghalang kemasukan saya datang dari kerajaan negeri.

"Saya bertanya kepada mereka mengapa? Saya bukan ahli politik, saya bukan seorang wakil rakyat, saya bukan penyeludup, saya bukan seorang pengedar dadah.

"Jawapan mereka adalah saya adalah seorang pakar propaganda," katanya dalam laman Facebooknya, Selasa.

Beberapa jam sebelum penerbangan, penulis blog itu telah menulis bahawa dia akan ke Sarawak untuk urusan perniagaan.

Menulis dalam dialek Sarawak, Wan Muhammad berkata dia telah berada di sana lima tahun lalu dan tidak sabar untuk makan beberapa makanan tempatan.

Difahamkan bahawa dia telah diterbangkan pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan seterusnya.

Pada 14 Apr, penganjur perhimpunan baju merah Datuk Jamal Md Yunos telah dihalang daripada memasuki Sarawak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com