innity

pages

Thursday, April 7, 2016

PAC: 1MDB bayar RM4 bilion TANPA kelulusan lembaga pengarah


1MDB membayar RM4.24 bilion (kira-kira AS$1.367 bilion) kepada Aabar Investments PJS Ltd (Aabar Ltd) sebagai deposit sekuriti tanpa kelulusan lembaga pengarahnya, kata Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
1MDB juga masih belum mengemukakan pengesahan bahawa Aabar Ltd merupakan anak syarikat kepada International Petroleum Investmnet Corp (IPIC) atau Aabar Investment PJS (Abu Dhabi), menurut laporan PAC.
“Akan tetapi buat masa ini, pihak 1MDB masih belum mengemukakan sebarang pengesahan bahawa syarikat Aabar Ltd merupakan anak syarikat kepada IPIC atau Aabar Investment PJS (Abu Dhabi).
“1MDB telah mengemukakan Certificate of Incumbency yang dikeluarkan oleh Offshore Incorporations Limited untuk membuktikan bahawa Aabar Ltd adalah anak syarikat IPIC.
“Syarikat offshore incorporations limited beroperasi di Hong Kong merupakan ejen yang menyediakan perkhidmatan pendaftaran syarikat di BVI (British Virgin Islands).
“JAN (Jabatan Audit Negara) mendapati Aabar Ltd tidak tersenarai dalam kumpulan IPIC berdasarkan penyata kewangan 2013 dan 2014.
Laporan yang ditunggu-tunggu itu dibentangkan di parlimen hari ini, hari terakhir sidang bagi sesi ini.
The Wall Street Journal (WSJ) sebelum ini melaporkan dana 1MDB dibayar kepada Aabar Ltd, yang didakwa syarikat British Virgin Islands yang sebenarnya tidak mempunyai kaitan dengan Aabar Investment PJS. - MK

2 comments:

  1. Memang langgar habis peraturan berurusniaga. Memang hanya ada tgn ghaib shj yg boleh luluskan keluar duit sebyk itu. Lain drpd tu, penjelasan rakyat susah nak percaya. Bgtau siapa tangan ghaib tu nescaya rakyat akan terima.

    ReplyDelete
  2. tunggu je lah PRU 14.......

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com