innity

pages

Tuesday, April 12, 2016

Nilai ringgit pulih dan saya masih PM, kata Najib


KUALA LUMPUR, Selasa – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, dakwaan musuh politiknya bahawa ringgit jatuh jika beliau terus menjadi perdana menteri telah terbatal apabila nilai ringgit sekarang kian pulih.
Beliau berkata, ringgit merupakan mata wang yang mencatat prestasi terbaik di Asia setakat ini tahun ini.
“Ini mungkin mengejutkan lawan politik saya, yang mendakwa jika saya terus menjadi perdana menteri, ringgit akan menyusut 4.80 kepada dolar. Kini (ringgit) mencatat 3.88 berbanding dolar,” katanya dalam ucaptama pada Invest Malaysia 2016 di sini hari ini.
Dakwa Najib lagi, asas ekonomi Malaysia mampan sekaligus menolak dakwaan bahawa ekonomi negara kini bermasalah.
Najib berkata, pasaran modal Islam mencatat pertumbuhan kukuh, merekodkan 6.7 paratus tahun lepas, mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju sukuk global manakala pasaran cergas paling lama di dunia direkodkan Bursa Malaysia, dibantu, menurut sesetengah pihak, hasil daripada rombakan Kabinet pada 28 Julai tahun lepas.
Najib berkata : “Malah ada yang mempunyai prinsip sendiri, mendesak campur tangan asing dan ada juga bijak pandai, memburuk-burukan Malaysia.”
“Mereka mempunyai agenda dan kepentingan peribadi, yang diletakkan mengatasi kepentingan negara. Bagi mereka, kerosakan ke atas negara hanya kolateral. Bagi mereka tindakan itu wajar,” katanya.
Beliau berkata mereka membuat pelbagai tuduhan liar, termasuk mengenai  1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Najib berkata minggu lepas Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) membentangkan laporan mengenai IMDB di Parlimen, dan walaupun mengenal pasti kelemahan pengurusan dan struktur 1MDB, laporan itu turut membuktikan dakwaan kehilangan RM42 bilion, seperti didakwa sesetengah pihak, adalah palsu.
Beliau berkata yang jelas ada proses rasionalisasi yang berjalan lancar dengan hutang besar berjaya diselesaikan.
“Pada tahun-tahun mendatang, 1MDB akan mencatat legasi sebenar dan akan diingati. Dan sejarah akan menunjukkan bahawa dakwaan memalukan yang bermotifkan poliitk dibuat bagi menumbangkan keajaan yang dipilih secara demokrasi, adalah palsu,” katanya.
Najib berkata fakta membuktikan dakwaan itu salah, dan sudah sampai masanya untuk bergerak ke depan dan memberi tumpuan semula ke arah memperkukuh ekonomi Malaysia.
Dalam perkembangan lain, Najib berkata mulai tahun ini, kerajaan akan mewajibkan syarikat senaraian awam mengemukakan gender ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanan masing-masing dalam laporan tahunan, selain syarat sedia ada membabitkan dasar pendedahan mengenai kepelbagaian dalam lembaga pengarah.
Beliau berkata Suruhanjaya Sekuriti sedang berusaha untuk memperkukuh cadangan syarat kepelbagaian gender dalam semakan semula Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia yang akan dikeluarkan lewat tahun ini.
Perdana Menteri juga menggesa pasaran modal menjadi peneraju dalam program pembangunan kapasiti dan Keupayaan bagi menyegerakan pencapaian Malaysia dalam kepelbagaian gender, dan memastikan sekurang-kurangnya 100 wanita dilantik sebagai lembaga pengarah dalam syarikat pasaran modal selepas tahun pertama pelaksanaannya.
“Saya gembira mengumumkan bahawa kini dalam usaha merealisasikan matlamat memenungi matlamat 30 peratus wanita dalam lembaga pengarah 100 syarikat terkemuka negara, kita hanya perlukan 130 wanita lagi,” kata Najib. - ismaweb

2 comments:

  1. HOK SENGOTI PUAK2 TU MASIH TAK PERCAYA HARI NI NILAI RINGGIT DAH RM3.88 SEDOLAR,MERIKA KATA ITU TAK BENAR YANG BETUL NYA R.4.88 SEDOLAR.

    ReplyDelete
  2. Usd yg lemah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com