innity

pages

Wednesday, April 13, 2016

[NILAI HADIAH RM10, RM20, RM30 JADI VIRAL] Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sampaikan hadiah di Junior Cycling Malaysia



Satu sirkit kriterium sukan berbasikal untuk mencungkil bakat baharu telah diadakan dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin telah menyampaikan hadiah bagi siri pertama Junior Cycling Malaysia pada 9 April di Serdang.

Namun demikian, nilai hadiah yang kecil telah menjadi viral dan tersebar di media sosial.

Ramai netizen menyatakan nilai hadiah yang disediakan amat rendah dan tidak berbaloi sama sekali.

Ada yang menyatakan harga basikal, kasut dan pakaian yang tinggi memungkinkan hanya anak-anak orang yang berpendapatan sederhana dan tinggi sahaja mampu sertai pertandingan tersebut. Oleh itu, nilai hadiah RM10 amat tidak munasabah dan memalukan.

Malah ada juga yang mengaitkannya dengan kes Pegawai KBS songlap RM100j, beli kereta Audi, beg Hermes, cincin Cartier. Mereka menyatakan bahawa KBS telah kehabisan wang akibat kejadian tersebut.


Dalam kes tersebut, seorang suspek berusia 56 tahun yang menjadi dalang menggelapkan kira-kira RM100 juta dana kementerian sejak enam tahun lalu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di rumahnya di Kajang.
SPRM menyita beberapa barangan termasuk 12 kenderaan antaranya Audi, Mercedes Benz, Nissan GTR dan Toyota Vellfire.
Antara barang mewah lain yang dibeli dengan dana gelap tersebut ialah jam berjenama Richard Mille (RM400,000), 40 beg tangan berjenama termasuk jenama Hermes (RM400,000), set cadar mewah (RM300,000), dan barang kemas termasuk cincin mutiara Cartier bernilai RM600,000.
Barangan yang disita berjumlah RM20 juta, sementara wang di dalam 69 akaun bank berjumlah RM8.33 juta dibekukan.






13 comments:

  1. DAH MENTERI KAT KABINET PUN YANG ADA CAP AYAM....PASAL HADIAH TU SENDIRI PIKIR....(NAK GALAMOUR TAK BERTEMPAT)

    ORANG BUTA PUN BOLEH GELAK.....

    ReplyDelete
  2. Budak kecik tak boleh pegang duit byk. Org besar takpa......

    ReplyDelete
  3. Takan menteri tak bolih sponsor... Juta juta leh g umrah

    ReplyDelete
  4. Takan menteri tak bolih sponsor... Juta juta leh g umrah

    ReplyDelete
  5. Menteri dah beri tu jgnlah cakap banyak tuduh sana sini. Yg kita beri komen ni cuba tanya apa pulak sumbangan yg kita beri kpd bebudak tu?. Sumbangan beri komen yg negatif adalah. Komen yg begini akan balik kpd kita..Tuhan maha berkuasa..apa yg kita buat atau beri kpd orang..yg itu lah kita terima balik nanti. Kalau tak kpd kita..anak cucu atau keturunan nanti akan terima. Kalau Tuhan beri nanti sekarang atau masa tua..tariknya kekuatan..percakapan atau penglihatan baru nak sedar..dah terlambat. Masa skrg ni lah gunakan nikmat yg diberi Tuhan itu untuk kebaikan bersama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro..utk budak2 tu masuk acara ni kos dia lebih dari rm50..kalau hadiah less than kos yg dikeluarkan mcm mana nak encourage kanak2 utk bersukan..mcm mana nak naikkan mutu sukan negara?

      Islam tak ajar cara kau ni..biar ia benda betul tak berlaku..org kafir akan ckp "mcm ni la menteri islam mentadbir kebajikan belia n kemajuan sukan Malaysia. No wonder sukan kita boleh ketinggalan di blkg vietnam n negara yg tak berapa maju lain"

      Tuhan bg nikmat utk guna sebaiknya..kenapa kau tak nak ckp kenapa menteri n pegawai kerajaan utk guba nikmat yg diberi n lebih beramanah dlm tjawab mereka?

      Bro belajar lg konsep nikmat mendm lg..n belajar yg org bg pendapat utk pihak bertanggungjawab sedar akan aoa yg dibuat tu tak sentiasa nya betul..belajar mengenai check n balance dlm kerajaan..n kalau free dtg kuliah agama kat masjid sri petaling..

      Delete
    2. Alhamdulillah bro...walaupun tak bijak mcm anda...tak bermakna aku bodoh dan tak tau hukum hakam dlm Islam. Kuliah kat tempat aku pun banyak bro..bukan apa aku cuma komen kita patut syukur kepada Allah ada juga hadiah dari kerajaan..itu jer..tak der kena mengena dgn kuliah agama kat mesjid kau. Dlm islam ni lengkap dan luas serta dalam ilmunya bro..rukun islam pertama iaitu syahadah pun blom tentu lulus lg.. rukun syahadah ada berapa bro...buat kuliah dua kalimah syahadah kat mesjid
      tu...kaji elok elok..rukun.syarat sah..fardhu dan sunat dlm bersyahadah tu..sorry bro..

      Delete
    3. Salam bro, saya tak ckp saya bijak atau cuba menggelarkan anda bodoh..just mengingatkan utk menambah ilmu daripada bercakap akan sesuatu jika kita belum memahaminya secara total..

      Persoalan kat sini bukannya tak bersyukur tp salah urus tadbir dlm penganjuran acara ni..cuba anda lihat mock cheque tu..kos utk membuatnya lebih dari hadiah yg diberikan..sedangkan mock cheque tu akan tidak bernilai apa2 selepas gambarnya diambil..itu adalah pembaziran yg nyata..itu yg org ramai concern about..bukan soal bersyukur ke idak..kalau penganjuran acara sebegini pon masih mengandungi unsur2 ketirisan/rasuah bayangkan dgn projek besar yg melibatkan kerajaan..itu yg org ramai bimbangkan..

      tak perlu lah bercerita mengenai hukum n syarat syahadah kerana isunya didini apabila anda mengatakan tak bersyukur dgn nikmat Allah..mungkin kanaka2 tersebut bersyukur dg hadiah yg dimenangi tp pembaziran dan ketidak adilan yg berlaku itu lah isu pokoknya.

      Ya ilmu islam itu luas..tiada siap menafikannya..Niat..Syariat, Tarikat, Hakikat dan Makrifat..etc..byk sgt..yg kita belajar kat sekolah or uni tu terlalu ringkas..but bila saya menyatakan dtglah ke masjid sri petaling utk kuliah, berlapang lah dada..bukan maksud sesiapa pon utk mengatakan anda bodoh..tp just utk berkongsi ilmu..kalau ada org menegur kita,kita terima especially dlm hal ni..simple as that..tht is a true moslem..

      Igtlah sikap biar la..bersyukur lah perlu diletakkan di tempatnya yg sebenarnya dan tidak wajar digunakan dlm semua situasi..

      Salam bro..jgn marah2..senyum sket..kalau terkasar bahasa mintak ampun..kita semua kena bersangka baik dan berlapang dada..

      Btw komen dina yusof kat bawah ni saya agree sgt..:)

      Delete
    4. yuran utk join dah RM20.ramai budak2 yg join.so kalau hadiah setakat rm40-30-20..duit byk hasildari yuran tu penganjur buat apa? tak ada peruntukan ka dari kementerian belia dan sukan utk this event? tak cukup peruntukan?ada unsur2 nak buat keuntungan ka? better come clean..dunia..dunia..

      Delete
  6. Byk tu RM10. Lain kali bg 60 sen sudah.

    ReplyDelete
  7. Dua bro di atas tu tak payahlah "berperang" bab bab sapa hebat dalam hukum hakam ugama .

    Komen terhadap hadiah bernilai RM10.00 hanya pandangan dan pendapat yang jumlahnya tidak berbaloi . Bukan nya tak bersyukur . Tapi hanya bandingan aje .... jual tin buruk kat "kedai karat" keeling pun dapat lebih lagi !

    Pasal tu lah P Ramasamy berani gelarkan Dr. Zakir tu syaitan .

    ReplyDelete
  8. Glamor tak bertempat....idea tak berapa kena...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com