innity

pages

Friday, April 29, 2016

Netizen kutuk logo DBKL bernilai RM15,000


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan bahawa pihaknya telah membelanjakan RM15,000 untuk logo pelancongannya yang dicerca ramai, dan tidak akan merancang untuk mengubahnya.
Dalam pada itu, tindakan DBKL itu turut mendapat kritikan pengguna Facebook.
“Dengan harga RM15,000, budak sekolah pun boleh buat reka bentuk seperti logo pelancongan DBKL,” kata Thiru Senthan.
“Logo DBKL itu boleh buat dalam power point dengan harga percuma. Ini tak lain ada unsur rasuah,” kata Michel Wright.
“Logo macam itu RM15,000. Idea sampah daripada DBKL,” kata Lenny Carey.
Menurut laporan akhbar Malay Mail, pengurus besar biro pelancongan DBKL Noraza Yusof menjelaskan bahawa RM2.6 juta telah diperuntukkan untuk langkah penjenamaan itu, dan akan dibelanjakan untuk pertunjukan jalan, barangan media dan aktiviti promosi lain.
Biro tersebut juga menegaskan bahawa ia tidak akan mengubah logo tersebut walaupun mendapat kutukan orang ramai kerana dakwanya bajet untuk langkah tersebut telah dipotong.
“Bajet tahun ini sangat sempit … Biasanya untuk ini, kosnya boleh mencapai antara RM300,000 dan RM1 juta,” kata beliau.
Daripada jumlah RM2.6 juta itu, RM15,000 akan dibelanjakan untuk panduan jenama, termasuk membuat logo, slogan, penghuraian, sebab dan strategi.
Menurut beliau, warna kelabu dalam logo tersebut melambangkan perlombongan bijih timah di bandaraya tersebut suatu masa dahulu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com