innity

pages

Sunday, April 10, 2016

Netizen kecam tindakan Hindraf, ASWAJA pertikai agama Dr Zakir Naik


Rata-rata netizen mengutuk keras tindakan gerakan hak asasi manusia Hindu, Hindraf Makkal Sakthi, dan pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA) (penggunaan nama ini mengelirukan umat Islam Malaysia) yang cuba menghalang Dr Zakir Naik daripada menyampaikan ceramah di negara ini.
 
Berdasarkan artikel yang dikeluarkan Ismaweb semalam, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan kedua-dua kumpulan itu.
Menurut mereka kedatangan Dr Zakir adalah untuk memberi kefahaman agama kepada umat Islam di negara ini dan Hindraf tidak layak untuk campur tangan dalam urusan umat Islam.

“Jangan campuri urusan agama Islam, pergi jaga urusan agama kamu,” kata Amin Rafiq melalui komennya di laman Facebook Ismaweb.

“Islam tidak memaksa sesiapa untuk memeluk agama Islam, Islam juga tidak mengganggu sesiapa, maka saya minta jangan ganggu Islam,” komen Rusly Hussein di laman yang sama.

Malah, netizen turut mempersoalkan mengenai pegangan pertubuhan ASWAJA yang seolah-olah cuba untuk menghalang setiap ulama luar yang dijemput untuk memberikan ceramah di negara ini.

“ASWAJA pula apa cerita? Sama sahaja seperti Hindraf,” kata pengguna Facebook, Zalani Harun.

Sebelum ini, Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy dalam kenyataannya menggesa kerajaan untuk tidak membenarkan Dr Zakir daripada menyampaikan siri ceramahnya di Kuala Lumpur dan Terengganu bulan ini.

Waythamoorthy mendakwa kononnya ajaran yang disampaikan oleh Dr Zakir tidak sejajar dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Semalam, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) telah memberi amaran kepada Hindraf untuk tidak mencampuri urusan umat Islam dan jangan menuduh Dr Zakir sebagai sesat.

Selain itu, Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin melalui kenyataan di laman Facebooknya turut mencabar Hindraf dan pertubuhan ASWAJA yang tidak bersetuju dengan kedatangan Dr Zakir untuk hadir pada sesi soal-jawab dan membantah secara intelek.

Dr Zakir Naik dijadual akan menyampaikan syarahan bertajuk ‘Is the Quran God’s Word?” di Stadium Hoki Bukit Jalil pada 16 April nanti. - ismaweb

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com