innity

pages

Sunday, April 24, 2016

Nenek kepada Presiden AS (Barrack Obama) tunai umrah


JEDDAH, 23 April – Nenek kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Barrack Obama tiba di Makkah untuk menunaikan umrah, semalam.
Sara Omar tiba di Tanah Suci bersama anak lelaki, Saeed Obama yang juga bapa saudara Presiden AS itu serta cucunya, Mousa.
Ketika di Makkah, Sara bersama ahli keluarganya turut melawat pameran sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW di Daerah Naseem.
Menurut Sara, pameran tersebut mencerminkan ajaran Islam yang sebenar yang memerlukan toleransi dan menolak keganasan.
“Saya sangat gembira dapat melawat pameran ini. Ia adalah contoh yang baik bagi penyebaran Islam dengan cara yang moden dan disokong oleh dokumen-dokumen saintifik serta sahih,” katanya.
Beliau berharap pameran ini turut diadakan di negara-negara lain dengan sokongan Kerajaan Arab Saudi agar dapat menghapuskan salah faham mereka mengenai agama Islam. – Agensi

2 comments:

  1. camne nenek islam cucu kristian..nenek die peluk islam lepas obama lahir ke

    ReplyDelete
  2. Bapak obama Islam, kawin dgn kristian. Then cerai. Obama mak dia dpt custody, raise dia sbg kristian. Bnda ni kawin campur biasa berlaku diluar mazhab shafie. Mak bapak beri ajaran agama masing2. Anak pilih bila besar nanti. Kalu bapak kuat islamnya biasanya anak2 pun akn ukut islam.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com