innity

pages

Saturday, April 23, 2016

MyWatch: SPRM perlu siasat laporan anak Ketua Polis Negara miliki syarikat senjata api


BANGI, Sabtu – Badan Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kepentingan sebuah syarikat senjata api yang dikatakan milik keluarga Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Memberitahu sebuah portal berita liberal, Pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan, berkata siasatan perlu dilakukan sama ada syarikat itu mempunyai sebarang kontrak dengan kerajaan atau berlaku konflik kepentingan dalam urusannya.
Sambil berpendapat orang awam tidak harus dilarang daripada menjalankan perniagaan hanya semata-mata kerana dia adalah anak Khalid, beliau berkata, siasatan itu perlu kerana kemungkinan ada konflik kepentingan antara urusan syarikat itu dan Ketua Polis Negara.
Beliau dilaporkan berkata demikian ketika mengulas pendedahan portal kontroversi Sarawak Report yang mendakwa anak perempuan Khalid, Juwita dan iparnya Mohd Isa Hussin adalah pemilik Nilai Arms & Ammunition (NAA).
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Rahim berkata, sesiapa sahaja di negara ini mempunyai peluang yang sama untuk menjalankan perniagaan selagi ia mengikut undang-undang negara.
“Apa yang lebih penting ialah sebarang kerja atau perniagaan mesti mengikut undang-undang.
“Anak sesiapa sahaja mempunyai hak dan peluang yang adil, dan mereka juga perlu mematuhi undang-undang,” katanya.
Noor Rashid berkata, polis akan meneliti kandungan laporan Sarawak report itu sebelum memutuskan tindakan seterusnya yang akan tindakan. - ismaweb

4 comments:

  1. Batuk .. sikit .. ohh .. batuk sederhana .. ohh ohh ..batuk kuat ...ohh .. oHH ..OHH .. kecuali .. buka restauran atau butik pakaian .. ni ada kaitan dengan keselematan negara ...tak tahu nak kata apa ..

    ReplyDelete
  2. Orang nak berniaga apa salahnya tak kira anak siapa pun. Yang setengah org cemburi tu kenapa?..usaha sendiri nak buat apa pun tapi jgn menyalahi undang-undang. Mcm-mcm isu ditimbulkan..lama-lama nanti tak aman dunia ini.

    ReplyDelete
  3. Secara Logiknya mesti ada "Conflict of Interest"... Tunggu BAPA Pencen dulu baru boleh Bisnes... Tapi kalau tak ada SALAH, biar SPRM siasat lah...

    ReplyDelete
  4. Rezeki Allah swt yang tentu. Anak IGP pun nak cari makan jugak. Kalau rezeki halal takdelah salahnya. Kalau niat nak menyamun ..jawablah nanti. Kat SPRM bolehlah jugak. Kat sana besoklah ...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com