innity

pages

Thursday, April 14, 2016

Muhyiddin kesal masih ramai ahli Umno tak faham isu


Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kesal kerana masih ramai lagi ahli Umno yang tidak faham dengan tujuan utama desakan supaya Datuk Seri Najib Razak berundur sebagai perdana menteri.
Menurut Muhyiddin yang juga anggota Parlimen Pagoh, di kawasannya sahaja sudah berkali-kali beliau diminta untuk memberikan taklimat berhubung kontroversi yang membelit perdana menteri khususnya 1MDB dan wang derma RM 2.6 bilion.
"Saya dah beberapa kali bercerita, mereka kata tak faham-faham. Di kawasan saya di Pagoh pun mereka minta beri taklimat. Berapa kali saya nak beri taklimat? Ahli Umno tak faham-faham.
"(Isu 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion) ini ada kaitan dengan desakan bahawa kita nak perdana menteri letak jawatan sekarang," kata Muhyiddin.
Timbalan presiden Umno yang digantung itu berkata demikian ketika berucap dalam program 'Mencari Kebenaran Selamatkan Malaysia' di Taman Putra Perdana, Puchong malam tadi.
Tegas Muhyiddin lagi, beliau dan kepimpinan akar umbi tidak akan membuat desakan agar presiden Umno itu meletakan jawatan sebagai perdana menteri jika tiada isu yang serius melibatkan dirinya.
"Ini bukan perkara mainan sebab apabila kita desak, mesti sebab yang serius. saya nak tanya isu 1MDB serius atau tidak? soal Muhyiddin kepada hadirin.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata kegagalan pengurusan 1MDB menyediakan laporan yang lengkap antara punca Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tidak dapat membuat rumusan mendalam
"PAC mengatakan perdana menteri terkecuali dan tidak terlibat kerana 1MDB tak beri laporan lengkap kepada PAC untuk membolehkan PAC buat satu rumusan mendalam, sedangkan PAC sudah sediakan laporan dan menyatakan kepincangan tertentu.
"PAC juga tidak dapat mengesahkan kedudukan wang ini. Maknanya laporan PAC pun tidak lengkap. Saya bukan hendak menidakkan bidang kuasa PAC, tetapi laporan itu mengakui ia tidak lengkap," ujar Muhyiddin.
Muhyiddin juga turut menepis dakwaan bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai nyanyuk ketika berterusan menyerang pentadbiran Najib.
"Bila Tun M kata dah hilang (wang 1MDB) Tun M balik kena marah, dikutuk orang tua nyanyuk. (Tapi Tun M) tak nyanyuk sebaliknya beliau nampak hebat. Mana-mana pergi beliau cakap soal kepentingan negara," jelas Muhyiddin. - MK

11 comments:

  1. MENURUT PAC SERTA KETUA AUDIT NEGARA IAITU BADAN YANG BERTANGGONG JAWAB DALAN URUSAN KEWANGAN NEGARA TIADA SATU SEN PUN HARTA IMDB HILANG ATAU SESAT DALAM PERJALANAN.TAK USAH DOK AUTA LAGI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 8:26 am.
      Kamu tau baca tak tau baca ?
      Otak mcm kamu ni memang mudah dibodoh penyamun.

      Delete
    2. MEMBACA LAPURAN PAC SAYA TERINGAT SEK 114g Akta keteran di bawah tajuk menyorokkan keterangan.
      Sebagai contoh ada saksi2 yg meterial tidak dipanggil memberi keterangan.
      Di mana kredibility lapuran PAC ?
      Apa maksud pengerusi saya pun cari makan ?

      Delete
    3. 8.26 anon. Kau ni baral ke apa. Bodoh nak mampus. Kecik2 tak nak meninggal. Dah besar jadi bahlol

      Delete
  2. Bila duduk kat bawah barulah TSM tau ye. Memang kebanyakan ahli umno macam tulah. Ikut melulu je lebih lagi kalau ketuanya berduit sikit. Bagi duit lagi meroyanlah org umno. Itulah budaya umno. Mungkin tak semua tapi kebanyakan. Masa pemilihan parti dulu lebih banyak yg mengundi, lagi banyak duit yang keluar. Tak payahlah nak hipokrit. Benda jadi depan mata. Itu pasal pm penipu kau cakap cash is king. Semuanya duit sekarang ni. Takyah cerita pasal berjuanglah. Naik muntah aku. Ada memanglah ada tapi berapa kerat je yg berjuang utk agama dan bangsa. Pemimpin umno takyah jual boraklah.

    ReplyDelete
  3. Orang yg cintakan kemewahan dan dedak shj yg tak cintakan negara. Jadi kalu negara ni terlungkup pun dia akan kata orang lain nyanyuk dan pengacau. Kalau org kata turunkan najib dia akan rasa pelik sbb najib bag kemewahan dan dedak. Tun M dan Muhyidin ko boleh beri apa?

    ReplyDelete
  4. madey cakap demi kepentingan negara? atau kepentingan kroni.

    yidin bercakap untuk sape? tak sabar nak jadi no 1.

    semua ada kepentingan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..kamu pun ade kepentingan..DEDAK..

      Delete
    2. Yup..kamu pun ade kepentingan..DEDAK..

      Delete
    3. Yidin kau tak nak jadi pm. Kau je bangang. Dia tak nak pm kau bagi lingkup negara. Taulah otak kau ni bebal. Pikirlah sikit

      Delete
  5. Akhir terbongkar jua segala penipuan najib.
    Nak lari ke mana ?

    Kepada tsmy saya mencadabg kan adakan pembentangan segala skandal najib atas kertas dan video supaya akar umbi dan rakyat jelas
    Contoh andaian pengiraan gst
    Perkiraan mudah GST
    ANDAIAN
    Belanja sehari setiap isi rumah RM50
    Rm50 x 30 hari =rm1500 sebulan
    Gst rm1500 × rm0.06= rm90
    Rm90 × 12 bulan=rm1080 setahun
    Rm1080 × 20 juta penduduk=rm 21,600,000,000 setahun

    Dan berape yg rakyat dapat dari jumlah gst yg kerajaan dapat?
    Kuasa beli rakyat atau kerajaan?


    Siapa yg tindas siapa?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com