innity

pages

Monday, April 11, 2016

MT UMNO, Aziz Kaprawi: Najib PANGLIMA PERANG orang Islam, Beliau TERPAKSA Berahsia Dalam Banyak Perkara


SEREMBAN -  Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Ab Aziz Kaprawi menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai panglima perang orang Islam menyebabkan beliau terpaksa berahsia dalam banyak perkara.

Menurutnya, keadaan itu mungkin menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak yang terus melemparkan tuduhan.

“Kita patut sokong dan sanjung Perdana Menteri. Adakah patut kita nak jatuhkan beliau diamanahkan mengetuai jentera perang kita?

"Panglima perang penuh rahsia, mana boleh nak hebahkan kepada semua kerana kekuatan kita perlu dirahsiakan,” katanya di Taman Gadong Jaya di sini, kelmarin.

Mengenai isu RM2.6 bilion, katanya, ia sudah diperjelaskan dan sepatutnya tidak ditimbulkan.

“Sebenarnya ada sesetengah pihak ambil kesempatan nak jatuhkan Najib,” katanya - SH

9 comments:

  1. Rasa nk gelak la pulak arini, kenapa malaysia mempunyai menteri kaki ampu.

    ReplyDelete
  2. Kah. Kah..kah..raso nak pocah peroit den ketawo..

    ReplyDelete
  3. Jelas cam mana ye? Duit pak arab kerabat sultan yang mangkat kasi derma masuk akaun peribadi untuk lawan is dan dana pilihanraya pru 13. Duit baki pulang balik. Tapi menteri arab kata derma tak mungkin, pelaburan yer? Nak caya yang mana satu? Najib kata duit tak guna untuk personal, tapi bayar hutang kad kredit guna duit derma. Ag kata. So stategi perang macam manakah yg najib gunakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panglima perang Islam cakap bohong ?
      Memang Islam macam tu ke cakap bohong ?
      Ciri2 orang munafik tu macamana ?
      Bila tersepit mengaku Islam ?

      Delete
  4. Pergh....panglima perang islam la pulak! Ada lagi menteri yg bodoh rupanya. Kitab apa yg kau baca jis? Kau tahu tak syarat2 nak jadi pemimpin dan kau rasa kau layak tak? Bercabang jugak rupanya lidah kau.....
    Betul lah kenyataannya...kes2 najib ni dijadikan utk menimbulkan org2 bodoh yg di beri amanah telah memecahkannya tanpa rasa bersalah kpd Allah....kesian kau jis....bangang nak mampus!

    ReplyDelete
  5. Sekejap panglima bugis,sekejap panglima perang berapa byk anugerah panglima ni?lawak betul..

    ReplyDelete
  6. "Panglima perang penuh rahsia, mana boleh nak hebahkan kepada semua kerana kekuatan kita perlu dirahsiakan,”-plsss lah cukup lah memberi alasan yg pelik2.

    ReplyDelete
  7. Jgn tuduh nenuduh sesama kita..seorang perdana menteri orang yg beragama Islam..umat Islam mana yg mahu agama Islam dipandang hina??..mana mungkin seorang Islam yang tidak nelakukan dosa??.sekarang ini kita punya PM yg beragama Islam..orang Islam tidak suka?..tambah lg membenci dan menghasut umat Islam lain supaya nembenci PM ..adakah ini yg diajar okeh Islam?...tak ada langsung ker kebaikan PM kita?...yg nembenci PM ada lah dari golongan kafir dan munafik ( mungkin )..buat lah apa yg difikirkan perlu tetapi bagi rakyat marhain kami terus berdoa kpd Allah supaya nengekalkan Najib sebagai pm negara kita...insyaallah kita akan lihat nanti yang mana betul atau yang mana salah...kami berdoa agar Allah akan nenghancurkan golongan kafir dan munafik...insyaallah..ALLAHU AKBAR HIDUP NAJIB DAN kEKAL SEBAGAI PM MALAYSIA.

    ReplyDelete
  8. Panglima amendanya kalau takut bini...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com