innity

pages

Tuesday, April 12, 2016

[MCA KATA DR. ZAKIR KUFUR] MCA pula masuk campur minta polis TERUS SEKAT ceramah Zakir Naik


BANGI, Selasa – Tidak cukup dengan bantahan biadab oleh Hindraf, MIC dan DAP, kini pemimpin parti Cina MCA pula campur tangan dalam isu Dr Zakir Naik.

Dalam satu kenyataan hari ini, Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun meminta pihak polis mengekalkan larangan terhadap ceramah Dr Zakir Naik dan juga mengkritik PAS kerana memperjuangkan hudud di Kelantan.

“MCA sentiasa berusaha menguatkan keharmonian kaum dan keamanan selari dengan konsep 1 Malaysia.

“Sebab itu kami menentang ideologi PAS dan hudud Kelantan kerana kami percaya ia menggugat keharmonian dan toleransi.

“Atas alasan sama, kami juga menentang Dr Zakir dan meminta pihak polis kekal dengan keputusan menghalang ceramahnya dan jangan tunduk dengan tekanan politik oleh PAS,” katanya.

Mei Fun juga mendakwa sesetengah orang Islam berpendapat bahawa Dr Zakir adalah seorang yang kufur berikutan beberapa kenyataan beliau sebelum ini yang memuji Osama Bin Laden dan berkata bahawa al-Quran membolehkan kumpulan militan Daesh untuk melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak perempuan.

Katanya, malah negara seperti United Kingdom dan Kanada telah mengharamkan Dr Zakir dari berdakwah di sana.

“Kata-kata dan ideologi yang merendahkan martabat adalah bukan apa yang rakyat Malaysia mahu. Kami tidak menyokong keganasan, dan kami juga tidak menidakkan hak-hak wanita, ” kata Chew.

Terbaharu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membenarkan pendakwah Dr Zakir  mengadakan syarahan umum di Melaka namun perlu menukar tajuk syarahannya. -ismaweb

2 comments:

  1. Selagi umat berpecah,ditambah pula dipimpmpin oleh pemimpin Dan penguasa yang pengecut selagi tu lay puak kafir Akan naik minyak Dan besar kepala

    ReplyDelete
  2. Hudud dan Dr Zakir tak ada kena mengena dengan perpaduan kaum. Kedua-duanya adalah berkenaan dengan Islam dan Undang-Undang. Islam adalah agama rasmi Malaysia. Hak untuk tegakkan undang-undang Islam seperti Hudud tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com