innity

pages

Sunday, April 17, 2016

Malam Tadi di Usia 90 Tahun, Tun M Masih GAGAH Turun ke Jalan TAR Demi Negara dan Rakyat


Malam tadi, dalam usaha mencapai matlamat mengumpul satu juta tandatangan terhadap Deklarasi Rakyat, kumpulan Selamatkan Malaysia telah keluar bertemu orang ramai di Pasar Malam Jalan Tuanku Abdul Rahman .
Berbekalkan papan pengisytiharan dan pen, anggota kumpulan itu menggesa pengunjung pasar malam berkenaan menurunkan tandatangan mereka.
Ramai pemimpin yang hadir untuk menarik lebih banyak tandatangan, termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dikerumuni orang ramai ketika berjalan di pasar malam itu.
Walaupun Mahathir diapit pengawal peribadinya, mereka dibenarkan untuk mengambil gambar dengannya atau menyerahkan deklarasi yang ditandatangani kepada beliau secara peribadi.

Pada satu ketika, Mahathir yang kini mencecah umur 90 tahun membenarkan seorang wanita menandatangani deklarasi itu di belakang badannya.
Ramai pengunjung juga mahu bergambar dengan personaliti lain yang hadir seperti Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali, Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bekas Presiden Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan dan Maria.
Tokoh-tokoh lain yang berada di sana termasuk Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar dan bekas Ketua Bahagian Umno Batu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan.

3 comments:

  1. Tahun depan kertas deklarasi syok sendiri tu boleh buat tisu lap tandas la...

    ReplyDelete
  2. Kdg kdg pelik dgn Tun ni..umo dah 90 taun..pengalaman teraju negara sebagai pm selama 22 tahun. Sebaiknya beliau merenung ke belakang..lihat keadaan rakyat yg bergelut untuk hidup dlm keadaan harga barang yg semakin naik walaupun harga minyak turun yg mana suatu masa dulu harga barang naik kerana kenaikan harga minyak. Sekarang harga barang tak turun walaupun harga minyak turun. Tak ada faedah Tun nak buat deklarasi rakyat ni...skrg pun rakyat dah menyampah dgn Tun terutama golongan tua yg tahu sejarah politik Tun dari dulu lg. Kita harap Tun fikir dan hentikan deklarasi ini untuk kebaikan semua rakyat

    ReplyDelete
    Replies
    1. 9.03 chai ada mata buta, ada hati gelap gelita, hidup sentiasa dalam ketakutan, takut satu hari nanti tuhan bayar cash perbuatan kamu, takut berdepan dengan kenyataan dan hakikat terbentang luas (lihat gambar tu).

      Walaupun dah berumur lanjut, Tun berani tampil mengadap rakyat jelata tanpa perasaan takut dan tiada malu, lihatlah sendiri....

      Inilah Berani kerana benar.

      Berlainan pula dengan najib dan pencacainya yang sentiasa hidup dalam ketakutan, gundah gulana, takut berhadapan dengan rakyat, hidup dalam tempurung dan makan duit haram kepunyaan rakyat tak izinkan.

      Nak lari mana chai? Nak lari mana najib? (takkan nak 24jam hidup celah kain rosmah?)

      P.s

      Terimakasih chai kerana komen kamu selalu mencetus idea idea bernas untuk kami balas komen kamu tu chai.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com