innity

pages

Wednesday, April 13, 2016

[MAKIN PANAS] KJ pula Sahut Cabaran Debat TMJ




PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyahut cabaran Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) untuk berdebat bagi mengupas masalah kemerosotan bola sepak negara.
Selain Khairy, pihak lain yang dinamakan TMJ adalah wakil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), jurulatih kebangsaan Datuk Ong Kim Swee, Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) Lim Teong Kim dan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBSM) B.Sathianathan.
"Ya, saya bersetuju. Tidak pasti ia untuk kebaikan bola sepak atau tidak.
"Saya terima. Kalau tidak nanti orang cakap tak nak bersemuka," katanya ringkas pada sidang media Malam Anugerah SAM-100Plus pada Rabu malam.
Khairy berkata, beliau menerima cabaran itu dan sedia menyatakan pandangannya berkaitan sukan bola sepak negara. 
"Saya terima cabaran untuk hadir dan cakap apa yang perlu dicakap," jelasnya lagi.
Menerusi kenyataan di laman Facebook Johor Southern Tigers pada pagi Rabu, Tunku Ismail memaklumkan beliau sendiri akan turut serta dalam debat itu bersama beberapa individu penting arena bola sepak negara.
Malah TMJ juga menyarankan ia disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen Astro.
"Saya menggesa pihak Astro, untuk mengadakan sesi siaran langsung bagi membahaskan tentang siapa yang bertanggungjawab untuk prestasi buruk pasukan kebangsaan dan bola sepak Malaysia serta apa tindakan selanjutnya yang perlu dilaksanakan," kata TMJ. - mstar

6 comments:

  1. AGAK AGAK DULU...ARWAH MOKHTAR DAHARI DAPAT PULOH PULOH RIBU TAK?

    ReplyDelete
  2. Hah! Kj dh sambut tu. Nk ckp pe lg? Ingat dia x de telor ke? Jgn ingat ranking dh bagus dh bole main cabar2. Jdt klu x de pemain luar jgn harap la nk jd cam skang ni. Berapa ramai pemain Johor yg bole dibanggakan lahir dari akademi bola sepak Johor sendiri? Klu dh berjaya baru la bole ajak debat. Kelantan cth terbaik. Tp huru-hara pn sbb dr jdt ni gak. Ujung2 money is power

    ReplyDelete
  3. ko ni bongok 10:48, ko bkn skong pn pbgunan bspak hatta apa sukan sklipn,kt msia ni. ada duit buat pbgunan btul2. bkn biarkn songlp spt diKBS. jgn biarkn org politik tadbirkn bdn sukn. dierog nk nama dan kdudukn sje. jgn sakit hati bile org ikhlas,fokus pd satu2 pkara.syabas TMJ sya ank Mlyasia yg da bosan akn game oleh og2 politik yg x berkesudhn...

    ReplyDelete
  4. Org ajak bodobat jgn tunggu lg warih..toghuihkan. kata anon 10.48 pm tu ado kebenaranyo..jgn kiro kalah monang..yg ponting isu tu tojawab..dan buleh cari jalan untuk kesinambungan sukan bola sepak...bilo dah melangkah jgn undo wagih..kito org nongori..nogori kito bosa ado semilan..

    ReplyDelete
  5. LU ORANG MAIN KENA MENANG. WA SUDAH KELUAR JOTA2. MAIN KALAH..POTONG GAJI ATAU PENAMPOR JEPUN. LU ORANG PILIH....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com