innity

pages

Friday, April 22, 2016

Mahathir rayu penyiasat antarabangsa dedah isu 1MDB


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat rayuan kepada penyiasat antarabangsa untuk mendedahkan kepada orang ramai berhubung penemuan dalam siasatan mereka ke atas 1MDB.
Akhbar The National yang beribu pejabat di Emiriah Arab Bersatu memetik Mahathir yang berada di Dubai bagi menghadiri Persidangan Antarabangsa Kepimpinan, Inovasi dan Keusahawanan, semalam sebagai berkata gejala rasuah di Malaysia kini mencapai tahap yang tidak pernah disaksikan.
"Semua siasatan hendaklah akhirnya didedahkan kepada umum kerana soalan yang dirahsiakan adalah tidak berguna kepada sesiapa. Akhirnya kebenaran perlu didedahkan.
"Menjaga diplomasi tidak akan membantu Malaysia atau sesiapa. Mereka perlu mengenal pasti tindakan yang perlu diambil dan apa yang mesti dilakukan," beliau dipetik sebagai berkata.
Pada masa ini, siasatan sedang dijalankan oleh sekurang-kurangnya lima buah negara termasuk Amerika Syarikat, Switzerland, Luxembourg, Singapura dan UAE.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah menolak cadangan Bank Negara untuk mendakwa mereka yang bertanggungjawab terhadap skandal 1MDB sementara siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula buntu kerana Apandi enggan memohon bantuan undang-undang bersama (MLA) yang akan membolehkannya mendapatkan maklumat dari pihak berkuasa luar negara.
Siasatan SPRM berhubung wang berbilion ringgit yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Razak juga ditolak oleh Apandi yang membersihkan perdana menteri daripada sebarang salah laku atas alasan wang berkenaan adalah "derma" yang telah dikembalikan.
Apandi juga membebaskan Najib daripada sebarang pertuduhan berhubung jutaan ringgit wang SRC International milik negara yang berada di akaun banknya atas alasan bahawa perdana menteri tidak tahu mengenai perkara itu.
Najib menafikan wang yang diterimanya mempunyai sebarang kaitan dengan 1MDB dan bahawa beliau tidak pernah mengambil wang rakyat untuk kepentingan peribadi.
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam laporannya mengenai siasatan 1MDB mendapati kedudukan wang berbilion ringgit tidak dapat dipastikan. Polis sejak itu telah memulakan siasatan.
Minggu lalu, didedahkan bahawa 1MDB memindahkan AS$3.5 bilion yang sepatutnya dibayar kepada anak syarikat, International Petroleum Investment Syarikat (IPIC), Aabar Investment PJS, tetapi disalurkan kepada sebuah syarikat yang mempunyai mempunyai nama yang hampir sama tetapi tidak ada kena mengena dengan firma Abu Dhabi itu.
The Wall Street Journal mendakwa bahawa sebahagian wang daripada syarikat palsu itu kemudiannya berakhir di Tanore Finance Corp yang juga berpangkalan di Kepulauan British Virgin, entiti sama yang memindahkan AS$681 juta ke dalam akaun bank peribadi Najib.
Pegawai Najib menegaskan bahawa cubaan untuk menghubungkan wang berbilion di akaun bank Najib dengan 1MDB adalah rekaan oleh Mahathir.
IPIC sejak itu membatalkan perjanjian pertukaran hutang-aset dengan 1MDB, meletakkan pelan rasionalisasi firma dana negara menjadi terumbang ambing. - MK

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com