innity

pages

Wednesday, April 13, 2016

Luahan Ibu Bapa: 'Sijil penghargaan pun tak ada...' Hadiah Tak Berbaloi, Yuran Penyertaan RM20, Basikal RM15-400 Ribu


Kuala Lumpur: "Sudahlah hadiah untuk juara hanya RM30 dan RM15, sijil penghargaan pun tak ada, apalah salahnya jika diberikan sijil berkenaan sebagai tanda penghargaan dan untuk masa depan mereka nanti.”

Itu luahan Mohd Sanusi Kamarul Azaha, 36, yang terkilan apabila dua anaknya yang menjadi juara untuk kategori bawah 11 tahun dan kategori 'Pushbike' bawah lima tahun hanya memenangi wang tunai RM30 dan RM15 menerusi siri pertama Kriterium Berbasikal Remaja Malaysia (JCM) di Serdang,Sabtu lalu.

Gambar pemenang kategori bawah 11 dan sembilan tahun pertandingan berkenaan yang menerima replika cek hadiah kemenangan RM30, RM20 dan RM10 disampaikan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin turut ‘viral’ di laman sosial hari ini dan menerima kecaman daripada ‘netizen’.

Sanusi berkata, siri pertama di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) itu diakui sebagai langkah terbaik untuk dua anaknya, Darwish Putra Mohd Sanusi, 11, dan Aris Putra Mohd Sanusi,5, mendapatkan pengalaman dalam sukan berkenaan.

"Saya ucapkan tahniah kepada KBS kerana penganjuran seperti ini namun saya juga merasakan hadiah yang ditawarkan tidak melambangkan standard kementerian itu sendiri yang mempunyai nama yang besar.

"Dari segi hadiah yang ditawarkan tidak berbaloi. Hal ini kerana yuran penyertaan untuk dua anak masing-masing RM20 manakala harga basikal pula mencecah hampir RM15,000 dan RM400," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Katanya, dia menggalakkan dua anaknya itu menyertai pertandingan berkenaan kerana ia pertama kali diadakan di negara ini selain minat mendalam terhadap sukan berbasikal.

"Pada siri pertama itu, ia seperti mendapat sambutan menggalakkan daripada peserta yang datang dari negeri lain. Sekurang-kurangnya pihak KBS turut memberikan sijil penghargaan terutama kepada pemenang.

"Ia penting sebagai menghargai bakat peserta muda dan untuk penilaian sekolah serta universiti pada masa akan datang. Harap akan ada penambahbaikan terutama daripada segi hadiah yang ditawarkan," katanya.

Sementara itu, Pengarah JCM, Firman Shah Muhamad berkata, program berkenaan adalah siri pertama sebagai pengenalan dan untuk melihat sejauhmana sambutan daripada peserta.

"Program ini bertujuan untuk mencari bakat dalam kalangan generasi muda dan memberi peluang kepada mereka mandapatkan pengalaman.

"Hadiah wang tunai itu adalah sebagai tanda saguhati kepada pemenang. Saya tidak rasa ada isu besar yang boleh dibangkitkan dalam perkara ini," katanya.

Katanya, pihak kami akan melihat sebarang penambahbaikan yang boleh dibuat pada masa akan datang termasuk pemberian sijil penghargaan untuk program yang akan diadakan selepas ini nanti.

"Dari segi yuran penyertaan juga akan dibincangkan bersama pihak lain sama ada perlu atau sebaliknya tapi yang pasti akan ada penambahbaikan dibuat," katanya.

JCM yang membabitkan 14 siri di seluruh Malaysia sehingga Disember ini adalah satu langkah baru KBS dan Majlis Sukan Negara (MSN) bagi membangunkan sukan berbasikal negara.

JCM diwujudkan untuk melengkapi Pelan Pembangunan Sukan Berbasikal MSN 2015-2023 yang juga adalah pelan jangka panjang bagi membangun dan memajukan landskap sukan ini di Malaysia.

Program akan diteruskan di beberapa destinasi termasuk Perak, Kelantan , Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Perlis, Pahang, Terengganu, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak.

Sementara itu Khairy yang membuat kenyataan di Facebooknya berkata, jumlah wang yang diberikan sebagai hadiah kemenangan memang kecil.

“Pihak JCM memilih untuk buat demikian sebab yang paling penting untuk kategori umur kanak-kanak adalah minat, pengalaman penyertaan dan kemahuan untuk menang bukan kerana habuan wang.

“Jika dari peringkat kanak-kanak kita sudah biasakan mereka dengan hadiah wang tunai, saya risau mereka akan lupakan matlamat utama mereka berjuang dalam sukan,” katanya.

Menurutnya, segala hadiah kemenangan sudah diberitahu kepada semua peserta sebelum pendaftaran dan dipaparkan dalam laman web JCM, jadi tidak timbul isu mereka tak tahu atau tidak dihargai.

“Rata-rata keluarga yang bawa anak mereka tak fikir soal hadiah wang tetapi mengorbankan masa mereka kerana minat anak-anak mereka dalam sukan basikal.

“Kalau ada perkara yang perlu diperbetulkan adalah pemberian replika cek kepada pemenang. Itu akan dihentikan untuk acara JCM kelak,” katanya. - hmetro

12 comments:

  1. Bagi la sijil penyertaan dan sijil penghargaan kepada pemenang. Itu lebih penting. Tak sampai seringgitpun sekeping. Susah ke nak buat?

    ReplyDelete
  2. "Hadiah wang tunai itu adalah sebagai tanda saguhati kepada pemenang. Saya tidak rasa ada isu besar yang boleh dibangkitkan dalam perkara ini," katanya.....

    kalau ia pun. agak agak la nak bagi hadiah tu.....nampak sgt tak logik...

    ReplyDelete
  3. Hadiah pertandingan memancing kolam pun tak ciput macam JCM. Ini Menteri yg hadir menampakkan bahawa tiada perbincangan mengenai jumlah hadiah, penghargaan tidak dibincangkan dlm mesyuarat awal penganjuran sukan. Tidak terfikirkah bahawa KBS akan kena tempias ini. Diapikan pula SUB yang songlap RM100 juta maka KBS papa kedana.

    ReplyDelete
  4. baik tak yah bagi la hadiah tu kalau setakat RM 30. buat malu Kementerian saja.
    yg songlap sampai berjuta boleh la pulak, bab nak bagi hadiah berkira la sngat..

    ReplyDelete
  5. " jika Dari peringkat kanak2 kita sudah biasakan mereka dengan hadiah Wang tunai,saya risau mereka akan lupakan matlamat Utama mereka berjuang dalam sukan.." Katanya.

    Ada juga kanak2 yg tidak dibiasakan dengan Wang ringgit sejak kecil, tapi bila dewasa, berkedudukan, berjawatan,memegang amanah, mereka juga lupa kepada matlamat asal berjuang untuk bangsa, agama Dan negara. Mereka khayal Dan tenggelam dengan Wang ringgit Dan kedudukan, melakukan pecah amanah kepada jawatan, agama, bangsa Dan negara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu saya stuju dgn komen anda. Hidup ini ada integriti dan jati diri. Dalam kehidupan harian klu terlalu senang pun tak suka..hidup biar lah ala kadar saja..yg penting sihat dan ada jati diri yg kuat.

      Delete
  6. Macam mana nak bagi hadiah tinggi. Duitkan dah kena samun rm100 juta. Cuba check tengok. Betul ke menteri belajar Oxford. Bebal nak mampus duit punya banyak keluar tapi tak tau.

    ReplyDelete
  7. Pada pendapat saya, Kos buat replika adalah lebih mahal daripada hadiah tunai pemenang.
    Nampak sangat tak masuk akal.

    ReplyDelete
  8. Bayaran replika cek lagi mahal drp hadiah. Baik duit replika bagi hadiah pemenang

    ReplyDelete
  9. dah tau hadiah ciput...buat apa masuk. bengap.
    anak ko masuk ke tidak. atau ko punya anak tekak jer....

    ReplyDelete
  10. Budak2 tk boleh pegang duit byk2 nanti habis beli aiskrim hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com