innity

pages

Tuesday, April 12, 2016

Lim Guan Eng LARANG Zakir Naik ke P Pinang PALSU


SHAH ALAM - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengesahkan tweet berkenaan larangan ke atas pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik memasuki negeri itu adalah palsu.

"Fitnah! Ini tweet palsu oleh musuh yang gunakan taktik pengganas. Laporan polis akan dibuat oleh pegawai saya pagi ini," tulisnya menerusi laman mikro Twitternya pagi ini.

Malam tadi tersebar paparan skrin Twitter milik Setiausaha Agung DAP itu yang menegaskan akan menghalang Zakir daripada masuk ke Pulau Pinang.

"Zakir Naik mesti disekat. Saya akan pastikan dia tidak masuk Pulau Pinang. Rakyat mesti tolak dan halang ekstrimis agama macam dia!," paparan skrin itu berbunyi.


Isu membabitkan Zakir semakin 'panas' selepas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar membatalkan ceramahnya yang akan diadakan di UTeM Melaka Ahad ini.

Zakir dijadual menyampaikan syarahan di Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) Melaka.

Menurut Khalid, pembatalan itu berikutan syarahan Tokoh Maal Hijrah 2013 itu dibimbangi boleh menjejas ketenteraman awam dan menjejaskan sensitiviti agama di Malaysia.

Semalam, Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin memberi tawaran kepada pendakwah dari India itu untuk menyampaikan ceramah di Perlis sekiranya program ceramah beliau di Melaka dibatalkan.

Menurut Asri, perkara tersebut telah dibincangkan dan ia telah dipersetujui Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Sementara itu, Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad berpendapat, tiada masalah penganjuran forum atau ceramah perbandingan agama di negara ini selagi ia tidak memburuk-burukkan.

Menurutnya, ia bergantung kepada penerimaan pendengar atau penonton terhadap isi jawapan yang diberi kerana ada yang menganggapnya sensitif.

“Mengenai isu Penceramah Antarabangsa, Dr Zakir Naik yang dikatakan menghina agama lain, saya rasa perkara itu tidak timbul kerana beliau hanya menjawab soalan ditanyakan penonton.

“Cuma ia bergantung kepada penerimaan mereka yang mendengar dan sepatutnya orang yang bertanya tidak perlu tersinggung,” ujarnya. - SH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com