innity

pages

Sunday, April 10, 2016

[LEPAS HINDRAF] Pemuda MIC ‘langgar perjanjian’ campur tangan urusan Islam, MANA pergi PAS dan UMNO?


Selepas gerakan hak asasi manusia Hindu, Hindraf mendesak kerajaan membatalkan program pendakwah Islam terkenal, Dr Zakir Naik di Malaysia, hari ini Pemuda MIC pula ‘melanggar perjanjian’ untuk tidak campur tangan dalam urusan agama dan umat Islam.
 
Laporan hari ini menyebut Ketua Pemuda MIC, C Sivarraajh berkata, pihaknya akan membuat laporan polis di seluruh negara b agi menghalang Dr Zakir berceramah kerana bimbang pengaruhnya terhadap penganut agama lain di Malaysia.


Selain itu, Pemuda MIC juga dilaporkan menimbang untuk mendapatkan injunksi mahkamah menghalang ceramah doktor kelahiran India itu.


Sivarraajh menuduh Dr Zakir merendah-rendahkan agama lain yang boleh mencetuskan rasa kurang senang kerana tidak menghormati dan tidak sensitif terhadap orang lain.


“Dengan ini Pemuda MIC melalui biro undang-undang akan membuat aduan polis, menggesa pihak berkuasa menghentikan program ceramahnya serta-merta. Kami juga mempertimbang untuk mendapatkan injunksi mahkamah bagi menghalang programnya dengan kadar segera,” katanya dalam satu kenyataan yang dilaporkan oleh sebuah portal berita liberal.


Malah, Pemuda MIC juga dilaporkan akan menyerahkan memorandum kepada Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara supaya sebarang aktiviti membabitkan Dr Zakir Naik dapat dihentikan.


Selain MIC, Persatuan Progresif Indian Malaysia (Mipas) juga antara gerakan yang menentang kedatangan Dr Zakir Naik ke Malaysia.


Sebelum ini, Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy dalam kenyataannya menggesa kerajaan untuk tidak membenarkan Dr Zakir daripada menyampaikan siri ceramahnya di Kuala Lumpur dan Terengganu bulan ini.


Waythamoorthy mendakwa kononnya ajaran yang disampaikan oleh Dr Zakir tidak sejajar dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.


Berikutan itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) telah memberi amaran kepada Hindraf untuk tidak mencampuri urusan umat Islam dan jangan menuduh Dr Zakir sebagai sesat.


Dr Zakir Naik dijadual akan menyampaikan syarahan bertajuk ‘Is the Quran God’s Word?” di Stadium Hoki Bukit Jalil pada 16 April nanti. - ismaweb

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com