innity

pages

Friday, April 8, 2016

Laporan PAC, 1MDB: MP DAP, Naib Pengerusi PAC Tan Seng Giaw vs Panel PAC Tony Pua



KUALA LUMPUR - ‎Kenyataan yang dibuat ‎Naib Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Tan Seng Giaw hanya berdasarkan dokumen yang dibentangkan oleh 1Malaysian Development Berhad‎ (1MDB) selama ini, kata anggota panel PAC, Tony Pua.

Bagaimanapun Tony Pua menjelaskan, pandangan ahli Parlimen DAP itu bukan dibuat atas keseluruhan dokumen milik badan pelaburan milik kerajaan itu.

"Apa yang disebut oleh Seng Giaw sebenarnya khusus kepada dokumen (1MDB)  yang kita sudah lihat setakat ini.

 

"Dokumen yang ada (sudah disiasat) memang tidak ada (penglibatan) Najib di dalam (dokumen). Dokumen yang tidak ada (tidak diberikan 1MDB kepada PAC) kita tak tahulah," katanya ketika menjawab pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat DAP, di sini, hari ini.

Semalam, Seng Giaw berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak boleh dipertanggungjawabkan di atas skandal sekitar 1MDB.

Kenyataan itu bertentangan dengan pendirian rakan separti dan juga anggota PAC, Tony Pua yang berkata Najib boleh dipersalahkan diatas salahlaku atau salahurus yang berlaku dalam syarikat itu.


Seng Giaw pula berpendapat pengurusan 1MDB yang perlu dipertanggungjawabkan untuk masalah yang berlaku dalam 1MDB.

Tony Pua dalam sidang media sama hari ini turut mempersoal tindakan 1MDB yang tidak memberikan dokumen lengkap kepada pihaknya.

"Seperti yang saya sebutkan dalam kenyataan saya sebelum ini, masih banyak dokumen yang tidak diserahkan kepada kami (PAC). Kenapa tidak bagi?

"Adakah kerana dokumen-dokumen berkenaan ada kaitan dengan Najib?" soalnya lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com