innity

pages

Saturday, April 16, 2016

Lagi NGO‎ Lapor Polis DESAK Ramasamy disiasat


KUALA NERUS - Pertubuhan Perpaduan Landasan Keamanan Sejagat (PLK) tampil membuat laporan bagi mendesak pihak berkuasa menyiasat Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy ‎ berhubung kenyataan berbaur hasutan terhadap Pendakwah Antarabangsa, Dr Zakir Naik.

Laporan yang dibuat di Balai Polis Gong Badak kira-kira jam 11 pagi tadi disertai seramai 30 orang ahli itu adalah bagi memohon pihak berkuasa menahan Adun Perai itu dengan segera dan disiasat di bawah Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Presidennya, Datuk Seri Muhd Khairul Azhar Ali berkata, ‎tindakan pemimpin berkenaan yang melabel ilmuwan Islam tersohor itu sebagai syaitan bukan sahaja melampau, sebaliknya satu penghinaan kepada seluruh umat Islam.

"Kita mengambil tindakan untuk membuat laporan polis ini adalah kerana kita kesal dengan tindakan Ramasamy kerana dalam sebuah negara yang mengamalkan kebebasan agama adalah tidak wajar beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Ini kerana kedatangan Dr Zakir bukanlah bertujuan untuk menggugat agama lain, tetapi adalah untuk berdakwah dan tidak mengganggu sesiapa. Jadi, kita mengambil pendirian ini untuk membuat laporan bagi membuktikan bahawa apa yang dimuat naik Ramasamy dalam akaun Facebook beliau adalah fitnah dan berniat jahat," katanya.

Menurut Muhd Khairul lagi, ‎laporan itu dibuat juga adalah untuk memberi peringatan kepada mana-mana pihak untuk tidak mencetuskan provokasi yang boleh menggugat keharmonian di negara ini. -SH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com