innity

pages

Saturday, April 23, 2016

Ku Li TETAMU ISTEMEWA Najib di Majlis 10 Tahun Pemergian Tun Ghafar Baba Hari Ini

YANG di-Pertua negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron (tiga dari kiri) Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah (empat dari kiri), bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi (dua dari kanan), bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam (kanan sekali), Tan Sri Abu Zahar Ujang (dua dari kiri), Datuk Mohd Tamrin Abdul Ghafar (kiri sekali) pada majlis bacaan tahlil dan doa selamat sempena 10 tahun pemergian bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba di Memorial Tun Abdul Ghafar Baba, Peringgit, Melaka. - Foto Rasul Azli Samad

MELAKA: Datuk Seri Najib Razak berkata, Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba memiliki tiga nilai utama yang wajar dicontohi pemimpin dan golongan muda. 

Perdana Menteri berkata, nilai murni merangkumi kesetiaan, ketaatan dan ketulenan itu menjadi pegangan bekas Timbalan Perdana Menteri berkenaan sepanjang hayatnya. 

Najib berkata, kesetiaan Allahyarham terhadap pemimpin UMNO walaupun tanpa memegang jawatan, ketaatan kepada parti selepas bersara dan ketulenan Ghafar sebagai ahli parti wajar menjadi amalan pemimpin sekarang. 

"Pemergian Tun Abdul Ghafar sudah 10 tahun, manakala ayahanda saya Tun Razak selama 40 tahun dan tahun ini juga usia UMNO menjangkau 70 tahun.

" Kita berkumpul hari ini bagi mengenang perjuangan UMNO, budi dan jasa pemimpin lama. 

"Ingatlah pesanan pemimpin dulu supaya terus mempertahan dan menegakkan UMNO, bukan meninggalkannya, bukan khianati (UMNO). 

Selagi UMNO ada, perjuangan diteruskan," Beliau berkata demikian ketika berucap selepas menghadiri majlis tahlil dan doa selamat sempena 10 tahun pemergian Allahyarham Tun Abdul Ghafar di Memorial Tun Abdul Ghafar Baba, Peringgit, di sini, sebentar tadi. 

Turut menyertai majlis itu, Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Idris Haron. Selain itu, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan anak sulung Abdul Ghafar, Tamrin. - BH

4 comments:

  1. Majlis Tahlil untuk orang yg dah mati pun dipolitikkan oleh puak2 Najib ni. Jemput Pak Lah Dan Musa Hitam tapi tak jemput Tun M Dan Muhaiyddin padahal mereka juga mantan PM DanTPM. Inikah yg dikatakan seorang PM yg berjiwa Besar!!!?

    ReplyDelete
  2. Umno dan pemimpin terdahulu tak salah apa2 pun wajib dikenang .Tapi pemimpin sekarang dah buat taik wajarkah kita bergelumang taik bersama2.
    No way man.Bergelumanglah semua cai dengan bos dan busuknya telah tersebar keseluruh dunia

    ReplyDelete
  3. Takkan nk jemput pluralist/syiah/komunis... tgk la marina mahathir lebih gi gereja dari ke masjid... mau majlis tahlil x berkat nnti

    ReplyDelete
  4. Kpd semua dinasihatkan jgn cari kesalahan org. Cari kesalahan diri sendiri, kesalahan org lain mmg senang nampak, kesalahan sendiri susah nak nampak kerana terselindung dgn nafsu. Ikut nafsu nampaklah kesalahan org walaupun org buat baik...ingatlah klu nak bahagia cermin cermin diri sendiri.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com