innity

pages

Friday, April 22, 2016

KU LI BAKAL DILANTIK TPM KEDUA?


Selesai Jumaat tadi, selepas menikmati sepinggan nasi beriani, saya terlelap seketika dalam kereta. Walaupun tidur di siang hari, tapi saya tidak bermimpi apa-apa.

Saya terjaga apabila seseorang menelefon dan pantas memberitahu bahawa Tengku Razaleigh Hamzah akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Kedua dan Menteri Kewangan tidak lama lagi.


Sebab apa?

Si pemanggil memberikan tiga sebab perlantikan itu dibuat oleh Najib Razak:-

- sebagai 'hadiah' kerana sudi menurunkan tandatangan sokongan melalui Deklarasi Kelantan.

- untuk mengukuhkan lagi kedudukan Najib bagi berhadapan dengan Tun Mahathir Mohamad.

- mengimbangi kedudukan Zahid Hamidi yang didakwanya sudah mula 'pasang angan-angan' untuk menjadi Perdana Menteri.

Tapi bukankah Tengku Razaleigh nak jadi Perdana Menteri, bukannya Timbalan Perdana Menteri?

Daripada tak jadi apa-apa, dapat jadi Timbalan Perdana Menteri pun kira okay juga, kata pemanggil tadi penuh yakin.

Hmmmmm...

http://shahbudindotcom.blogspot.my/

2 comments:

  1. KOHO KUAT GILO MEROYAN PUAK2 NI.DENDA HOK TADOK DIADOKEY,BENDO HOK ADO DITADOK2KEY.HIS!APO NOK JADI PUNG TAK TAU LAA.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com