innity

pages

Wednesday, April 13, 2016

KJ MENGAKU Pemberian MOCK CHEQUE Perlu DIPERBETULKAN


PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berharap orang ramai tidak cepat melatah berikutan gambar viral replika cek masing-masing bernilai RM10, RM20 dan RM30 yang disampaikannya kepada pemenang kejohanan Junior Cycling Malaysia (JCM).

Menurut Khairy, ibu bapa dan peserta JCM sudah dimaklumkan lebih awal mengenai hadiah yang bakal diterima pemenang.

"Tidak timbul isu mereka tak tahu atau tidak dihargai. Rata-rata ibu bapa yang bawa anak mereka tak fikir soal hadiah wang tetapi telah mengorbankan masa kerana minat anak-anak mereka dalam sukan basikal.

"Dan mereka gembira memberi sokongan kepada anak masing-masing," katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Rabu malam.

Beliau mengulas mengenai gambar viral hingga mengundang komen negatif di kalangan netizen yang mempertikaikan nilai hadiah yang diberikan kepada pemenang bagi kategori bawah 11 dan 9 tahun pada kejohanan yang berlangsung di Serdang pada hujung minggu lalu.

Pemenang diberikan hadiah RM30, RM20 dan RM10 bagi pemenang tempat pertama hingga ketiga menggunakan replika cek.

Mengulas lanjut berhubung kontroversi berkenaan, Khairy bagaimanapun mengakui penggunaan replika cek menjadi punca kepada isu tersebut.

"Kalau ada perkara yang perlu diperbetulkan adalah pemberian mock cheque kepada pemenang-pemenang.

"Itu akan dihentikan untuk acara-acara JCM kelak," katanya.

Selain itu, tambah Khairy, program JCM yang dianjurkan kementerianya melalui Majlis Sukan Negara (MSN) tidak mahu mendidik golongan muda supaya meminati bidang sukan tanpa didorong oleh wang.

"Saya akui jumlah wang yang diberikan sebagai hadiah kemenangan memang kecil. Pihak JCM memilih untuk buat demikian sebab yang paling penting untuk kategori umur kanak-kanak adalah minat, pengalaman penyertaan dan kemahuan untuk menang bukan kerana habuan wang.

"Jika dari peringkat kanak-kanak kita sudah biasakan mereka dengan hadiah wang tunai, saya risau mereka akan lupakan matlamat utama mereka berjuang dalam sukan.

"Ya, wang adalah penting dan jika mereka berjaya dalam sukan, mereka pastinya akan menerima ganjaran lumayan di kemudian hari tetapi jangan kita rosakkan mereka pada usia muda," katanya. - mstar

4 comments:



  1. Betul tu.

    Jangan biasakan kanak-kanak dengan duit.

    Takut nanti mereka akan terbiasa dengan duit, macam ketua-ketua pemuda UMNO bahagian.

    Semua ingat duit saja.

    Tapi kalau menteri tak apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang... tapi kalau setakat nak beli tayar pun tak lepas apa keJDnya

      Delete
  2. minat adalah keinginan
    hasil adalah wang
    minat tanpa hasil = buang masa.
    baik p buat benda lain la KJ woii.. contohnya menyonglap ka..hehehe

    ReplyDelete
  3. Bawa bersyukur..aku dulu zaman kecik tahun 60an dah pandai naik basikal. Masa tu tak ada hadiah apa pun..jln pun tak banyak yg bertar. Tak ada lumba basikal..basikal hanya diguna pakai untuk angkat getah dan pergi skolah..itu pun mak ayah hantar..kdg kdg jln kaki kesekolah yg jauhnya tiga km.elok jer hidup sampai ari ni..bebudak skrg manja..buat itu ini sogok dgn duit dan hadiah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com