innity

pages

Thursday, April 7, 2016

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz: Tunggu saja Najib tamat tempoh, Tinggal 2 tahun lagi


SHAH ALAM, Rabu – Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, hari ini berkata cara terbaik untuk ‘menyingkirkan’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah dengan menunggu tempoh perkhidmatannya tamat.
“Sejak daripada merdeka sampai sekarang, belum ada yang berjaya yang cuba hendak jatuhkan siapa-siapa pun. Jadi cara yang terbaik ialah tunggu Datuk Seri Najib habislah, tinggal dua tahun lagi.
“Jadi itulah pendekatan terbaik daripada hendak masuk campur Deklarasi dan sebagainya,” katanya yang dipetik daripada Antarapos.
Mengulas lanjut berkenaan gerakan menjatuhkan Najib, beliau berkata ianya bukan sesuatu perkara yang mudah untuk melibatkan institusi Majlis Raja-Raja dalam usaha itu.
“Apa pun kalau hendak gunakan Raja pun, Raja bukan senang hendak memberikan sokongan kepada pihak pembangkang (PH) ini,” katanya.
Terdahulu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika di Kongres Rakyat 2016 baru-baru ini mengakui bahawa Majlis Raja-Raja tiada kuasa dalam Perlembagaan negara untuk menyingkir mana-mana Perdana Menteri.
“Bagaimanapun sekiranya Raja-Raja terdesak untuk berbuat demikian, mungkin Perdana Menteri boleh dilucutkan jawatan apabila Raja-Raja mendengar suara rakyat,” katanya. - ismaweb

3 comments:

  1. pakcik ooii

    dua tahun hartanah Malaysia sudah habis digadai nak bayar hutang

    ReplyDelete
  2. Is there any credibility whats left of PAS, the party of CONVENIENCE?

    From the time they declared anything UMNO is kafir....

    -there were 2 session of solat in the masjid
    -2 different Imams
    -Mom & Dad estranged with their children
    -Husband & Wife needed to retook matrimonial pledge
    -burial ground separated
    -bla bla bla

    Dude Ulamak PAS, if the same stringent crackdown made on the mak nyahs' close-event, the same should apply to the right under your nose plundering and malfeasance that the Pirate and his band of thiefs needed to be stopped sooner rather than much later, especially dreadful 2 years away!

    Sadly we seeing disquiet amongst the so called pious people of Malaysia, is it ok to just let it rot despite Islam is being tainted in a big way?

    I supposed UMNO & PAS are in the same rotten basket now!

    ReplyDelete
  3. 2 tahun tak cukup tn haji, bagi 2 penggal lagi, bagi rakyat balik pada zaman batu, tak mampu nk beli pakaian.hairan kenapa taksub sangat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com