innity

pages

Sunday, April 10, 2016

[KERAJAAN MESTI TEGAS WALAU MIC KOMPONEN BN] Provokasi MIC halang ceramah Dr Zakir Naik boleh cetus ketegangan: Isma


Tindakan Pemuda MIC mahu membuat laporan polis di seluruh negara bagi menghalang pedakwah Islam terkenal, Dr Zakir Naik berceramah dianggap satu bentuk provokasi yang boleh mencetuskan ketegangan antara kaum dan agama di negara ini.
 
Sehubungan itu, Ketua Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Hazizi Abdul Rahman menggesa kerajaan supaya memandang serius perkara itu.

“Kerajaan perlu pandang serius, kerana ia boleh menggugat keamanan masyarakat pelbagai agama, lebih-lebih lagi ia menyentuh secara langsung agama Islam yang merupakan agama negara,” katanya dalam satu kenyataan kepada Ismaweb, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Pemuda MIC hari ini yang mahu membuat laporan polis supaya ceramah Dr Zakir Naik di Malaysia dapat dihentikan.

Bercakap lanjut perkara itu, Ustaz Hazizi bagaimanapun mengingatkan pihak kerajaan supaya tidak ‘pilih kasih’ berikutan MIC sebagai parti komponen.

Malah kata beliau, tindakan MIC seolah-olah ketandusan idea untuk tarik sokongan masyarakat India di negara ini.

“Jangan bertolak ansur dalam isu provokasi keselamatan dan keamanan hidup rakyat negara ini,” katanya.

Pemuda MIC, C Sivarraajh hari ini menuduh Dr Zakir merendah-rendahkan agama lain yang boleh mencetuskan rasa kurang senang kerana tidak menghormati dan tidak sensitif terhadap orang lain.

Selain MIC, Persatuan Progresif Indian Malaysia (Mipas) juga antara gerakan yang menentang kedatangan Dr Zakir Naik ke Malaysia.

Sebelum ini, Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy dalam kenyataannya menggesa kerajaan untuk tidak membenarkan Dr Zakir daripada menyampaikan siri ceramahnya di Kuala Lumpur dan Terengganu bulan ini.

Waythamoorthy mendakwa kononnya ajaran yang disampaikan oleh Dr Zakir tidak sejajar dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Dr Zakir Naik dijadual akan menyampaikan syarahan bertajuk ‘Is the Quran God’s Word?” di Stadium Hoki Bukit Jalil pada 16 April nanti. - ismaweb

2 comments:

  1. Nak tanya.

    Siapa yang mansuhkan ISA?

    Dan, kenapa Geng Baju Merah minta ISA dikembalikan?

    ReplyDelete
  2. Guna agama untuk politik.Hadi diam?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com