innity

pages

Saturday, April 9, 2016

[KAFIR HINDRAF PELAMPAU AGAMA] Mereka Dengki Dr. Zakir, warga India Islamkan Ramai Penganut Hindu


GERAM ada, nak ketawa pun ada. Demikian apa yang Pedang rasa apabila membaca kenyataan Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy, yang mengatakan pendakwah Islam terkemuka sekarang ini, Dr Zakir Naik sebagai ‘deviant foreign preacher’ (pendakwah asing yang sesat).
 
Pedang geram kerana sekali lagi Hindraf masuk campur dalam urusan hal ehwal agama Islam di Malaysia di mana di dalam Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan bahawa ‘Islam adalah agama Persekutuan’ – Waythamoorthy, sebagai peguam patut tahu mengenai hal ini.

Nak ketawa sebab Waythamoorthy yang mengetuai gerakan hak asasi manusia Hindu di Malaysia – negara yang majoritinya dihuni umat Islam – mengatakan Dr Zakir adalah pendakwah yang sesat. Umat Islam yang membaca kenyataan Waythamoorthy itu akan bertanya: “Siapa yang sesat sebenarnya?.”

Alkisah, Pedang nak kongsi satu cerita suatu ketika dulu. Pedang pun ada dua tiga rakan beragama Hindu. Pedang bertanya kepada salah seorang daripada mereka mengenai pendapatnya apabila ada penganut Hindu yang menganggap Ayah Pin sebagai Tuhan dan menyembahnya.

Rakan Pedang hanya menjawab: “Itu Hindu sesat”. Pedang pun hanya senyum.

Berbalik kepada masalah Waythamoorthy dan Hindrafnya, Pedang faham benar kenapa mereka geram kepada Dr Zakir Naik dan meminta kerajaan membatalkan siri ceramah di negara ini selain menghalang pendakwah itu daripada memasuki Malaysia.

Ini kerana Dr Zakir adalah warga India yang dilahirkan pada 1965 di Mumbai, walaupun menetap di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, dan beliau adalah pendakwah Islam India yang telah berjaya mengislamkan ramai penganut Hindu di dalam ceramah-ceramahnya di seluruh dunia.

Sudah pastilah, Waythamoorthy dan Hindraf yang kuat kehiduannya itu bimbang ramai penganut Hindu di Malaysia yang akan terpengaruh dengan ceramah Dr Zakir dan memeluk Islam.

Pedang pun hairan juga sejak bila Waythamoorthy belajar mengenai Islam apabila mengatakan ajaran yang dibawa oleh Dr Zakir itu bertentangan atau tidak selari dengan pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah? Tahukan Waythamoorthy mengenai Hanafi, Maliki,Shafie dan Hambali?

Kenalkah Waythamoorthy dengan Abu Hanifah An Nu’man; Malik bin Anasbin Abu Amir; Muhammad bin Idris dan Abu Abdillah Ahmad bin Hanbal bin Hilal Azzdahili Assyaibani? Atau Waythamoorthy hanya kenal As-Sayyid Abdur Ridho Al-Mar’asyi Asy-Syahrastani

Sebenarnya, kehadiran Dr Zakir di Malaysia untuk mengadakan siri ceramah bermula di Terengganu adalah atas jemputan pihak berkuasa agama Islam Malaysia, yang sudah pasti menyiasat terlebih dahulu sama ada ajaran Dr Zakir itu sesat atau tidak.

Malah, pada 2014 yang lalu, Dr Zakir dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah oleh Kerajaan Malaysia. Ini bermakna pendapat dan pandangan Dr Zakir selari dengan Ahlul Sunnah Wal Jamaah di Malaysia.

Kalau Pedang kata lebih-lebih nanti Hindraf tuduh Pedang ekstrem pula dan buat report polis mengatakan Pedang menghasut. Tetapi kalau mereka yang mengata kepada umat Islam dan campur tangan dalam hal ehwal agama Islam, boleh pula!

Tetapi, tidak kisah jika mereka atau puak-puak ultra kiasu hendak mengatakan bahawa Pedang dan yang seangkatan dengan Pedang sebagai ekstrem kerana kami berdiri di atas pendirian mempertahankan Islam sehingga kiamat. Mempertahankan Islam daripada diganggu gugat oleh puak-puak yang sejenis dengan Hindraf.

Pedang juga tidak berasa pelik terhadap gangguan-gangguan itu sebab kitab suci Pedang – al-Quran – sudah menjelaskan bahawa sememangnya orang kafir tidak akan senang dengan umat Islam selagi tidak mengikut mereka.

Kepada Waythamoorthy dan yang seangkatan dengannya, Pedang ingin berpesan supaya mempelajari konsep ketuhanan, karakter khusus mengenai Tuhan dan kriteria-kriteria yang sudah pasti hanya dimiliki oleh Tuhan sebenar, bukan sesuatu yang lain yang didakwa sebagai Tuhan.

Pedang berikan sedikit contoh yang boleh Waythamoorthy jadikan ukuran untuk membezakan Tuhan sebenar dan selain-Nya yang tidak sepatutnya dijadikan Tuhan, antaranya ialah:

* Tuhan semestinya menciptakan dan bukan diciptakan; * Tuhan mestilah tunggal (satu). Tidak mempunyai pasangan atau sesuatu yang menyamainya; * Tuhan tidak boleh dilihat oleh sesiapa pun dalam kehidupan dunia ini dan Tuhan Yang Esa tidak menjelmakan diri-Nya menjadi sesuatu seperti kayu atau batu; dan * Tuhan mestilah kekal, tidak mati atau berubah-ubah. Tidak memerlukan makanan atau minuman dan tidak memerlukan apa-apa pertolongan, sebaliknya kita yang meminta tolong daripada Tuhan;

Wahai Waythamoorthy! Gunakan sedikit kriteria yang Pedang berikan di atas untuk dijadikan standard bagi menimbang dan menolak ketuhanan apa sahaja yang didakwa sebagai Tuhan. Wallahualam.

Selain itu, Pedang nasihat supaya Waythamoorthy dan yang seangkatan dengannya supaya tidak lagi menganggu urusan umat Islam dan agama Islam kerana bagi kami agama kami dan bagi mu agama mu.

Kata Pedang: “Mereka hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir benci.” (Al-Quran 61:8) - ismaweb

5 comments:

  1. Sokong 100%..!!

    ReplyDelete
  2. Kita mcm ye ye sokong zakir...tup..tup ketua polis larang zakir buat ceramah dan sesi Q&A...kononnya utk jaga ketenteraman masyarakat majmuk...ini yg aku bimbang..sbb ada org lebih kair dari org kafir...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anoy:1117am'
      Siapa hang nak label org kafir.. habaq mai sat..

      Delete
  3. Inilah malaysia sekarang...ugama asing senang senang je mencampuri urusan agama islam...

    ReplyDelete
  4. setakat ini dr zakir blh ceramah dgn baik di negara ini. hrp keadaan ini brterusan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com