innity

pages

Monday, April 11, 2016

[KAFIR HINDRAF, MIC, DAP AKHIRNYA MENANG] Ceramah Dr Zakir Naik di UTeM tidak boleh diteruskan - Khalid, IGP


KUALA LUMPUR: Penceramah agama dari India, Dr Zakir Naik, yang dijadualkan menyampaikan ceramah di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada 17 April ini dijangka terpaksa melupakan hasrat itu.

Ini berikutan arahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang menyatakan pihak polis merasakan majlis itu tidak boleh diteruskan demi ketenteraman awam dan sensitiviti agama di Malaysia.

Arahan itu turut disampaikan Khalid melalui akaun Twitternya:


Dr Zakir yang memiliki penilaian kritis dalam soal perbandingan agama, dijangka menyampaikan ceramah berjudul ‘Similarities Between Hinduism and Islam’ (Persamaan Antara Hindu and Islam) di UteM.

Terdahulu, Pemuda MIC telah membuat laporan polis di seluruh negara untuk menghalang Dr Zakir daripada menyampaikan ceramahnya di Malaysia.

Dalam kenyataan, Ketua Pemuda MIC C Sivarraajh berkata, mereka juga mempertimbang untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi tujuan itu.

“Zakir Naik terkenal dengan taktik merendah-rendahkan agama lain yang mungkin mencetus rasa kurang senang tanpa mengambil kira sensitiviti pihak lain,” ujarnya.

Pada Jumaat, Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) mendesak Putrajaya untuk mengharamkan penceramah itu daripada memasuki Malaysia bagi memulakan siri ceramah di Terengganu, dengan menggelarkannya sebagai virus kepada masyarakat berbilang kaum.
Begitupun, pada Ahad, Dr Zakir menjadi penceramah undangan di Terengganu dengan menyampaikan ceramah bertajuk 'The Importance of Unity Among Muslim Ummah' (Pentingnya Perpaduan Dalam Kalangan Ummah Islam) selama dua jam di Stadium Tertutup Gong Badak.

Hampir 30,000 orang memenuhi bahagian dalam dan luar stadium untuk mengikuti ceramahnya yang menekankan akan pentingnya bersatu dalam mengukuhkan Islam. - Astro Awani

8 comments:

  1. AIK ! PELIK BIN AJAIB BIN MENGELIRU DAN MEMALUKAN PENDIRIAN HINDRAF/MIC/DAP YANG MENGESA KPN SUPAYA MELARANG DR ZAKIR NAIK MEMBERI CERAMAH DIMALAYSIA. KATA PEJUANG KEBEBASAN BERSUARA. MENGAPA MEREKA BERTINDAK SEDEMIKIAN? BIARKANLAH TOKOH AGAMA TERSOHOR INI MEMBERI CERAMAH SAMA SEPERTI YANG DIBENARKAN DILUAR NEGARA. UNTUK BERDEBAD DENGAN DR ZAKIR, BENARKAN PENGANUT MANA-MANA AGAMA HADIR SAMA, BARU MEREKA TAHU TINGGI RENDAHNYA LANGIT YANG MEREKA JUNJUNG. ADALAH TIDAK WAJAR MANA-MANA PIHAK MELARANG PROGRAM DR ZAKIR TU!

    ReplyDelete
  2. AIK ! PELIK BIN AJAIB BIN MENGELIRU DAN MEMALUKAN PENDIRIAN HINDRAF/MIC/DAP YANG MENGESA KPN SUPAYA MELARANG DR ZAKIR NAIK MEMBERI CERAMAH DIMALAYSIA. KATA PEJUANG KEBEBASAN BERSUARA. MENGAPA MEREKA BERTINDAK SEDEMIKIAN? BIARKANLAH TOKOH AGAMA TERSOHOR INI MEMBERI CERAMAH SAMA SEPERTI YANG DIBENARKAN DILUAR NEGARA. UNTUK BERDEBAD DENGAN DR ZAKIR, BENARKAN PENGANUT MANA-MANA AGAMA HADIR SAMA, BARU MEREKA TAHU TINGGI RENDAHNYA LANGIT YANG MEREKA JUNJUNG. ADALAH TIDAK WAJAR MANA-MANA PIHAK MELARANG PROGRAM DR ZAKIR TU!

    ReplyDelete
  3. Apa perkataan yg paling sesuai????? PENGECUT,BACUL !!! Letak jawatan aja la Khalid!!!! KeBACULan lebih 20 tahun lalu ketika Shiekh Ahmad Deedat diarah memberhentikan ceramah nya BERULANG KEMBALI.Dimana maruah kita sebagai penguasa dan pemilik bumi umat islam ini Ko jawab depan Allah nanti Khalid! Sudah lah kita sendiri tak berdakwah sprt diperintahkan Allah ,orang luar yg nak berdakwah kita halang??

    ReplyDelete
  4. Ramai umpama buih di lautan namun .....

    ReplyDelete
  5. Khalid sehaluan dgn Najib. Najib jaga kau, kau jaga Najib. Najib memang sgt diragui kemelayuannya. Cina nak semua dpt, india minta semua ikut. Melayu dianaktirikan di bumi sendiri. Betullah kata Ibrahim Ali, UMNO dah tak boleh harap utk jaga umat melayu.

    ReplyDelete
  6. Manatan sub umno bahagianApril 11, 2016 at 3:39 PM

    Kbab51 tu hanya cari makan..dua ikut arahan boss..kan boss dia baik..kpd bangsa lain..pungkok bini dia pun dia blh bagi..

    ReplyDelete
  7. mana pmimpin pan....sokong dap lg ke dlm isu ni.

    ReplyDelete
  8. Kepada seluruh rakyat Malaysia yang berugama Islam marilah kita lihat dan fahami firman Allah yang sudah tertulis semenjak lebih 1400 tahun dahulu didalam Al Quran surah Al Mursalat ayat 1-6 yang berbunyi:

    Dengan Nama Allah Maha Pengasih Maha Penyayang.

    1. Demi (makhluk-makhluk) yang dihantarkan berturut-turut (menjalankan tugasnya),
    2. Juga yang merempuh mara dengan sekencang-kencangnya,
    3. Dan demi (makhluk-makhluk) yang menyebarkan (pengajaran dan peringatan) dengan sebaran yang sesungguh-sungguhnya,
    4. Serta yang memisahkan (antara yang benar dengan yang salah) dengan pemisahan yang sejelas-jelasnya,
    5. Lalu menyampaikan pengajaran dan peringatan (kepada manusia),
    6. Untuk menghapuskan kesalahan orang-orang yang bertaubat serta memperbaiki keadaan dirinya, dan untuk menakutkan orang-orang yang ingkar - derhaka; -

    Tidak kah demi untuk memastikan kedaulatan syiar Islam supaya terus terjamin adalah dengan cara menyalurkan maklumat yang benar kepada masyarakat umum negara ini. Sampai bila kah kita harus memendam rasa apabila kedaulatan Islam dengan senang NGO anti Islam berterusan menghinanya sebelum ini? Tidak kah cara paling berkesan untuk menangani penghinaan itu adalah melalui Ilmu atau maklumat yang ternyata sangat benar faktanya? Saranan siapa kah yang lebih tepat untuk kita semua turuti? Apakah arahan dangkal dan kurang bijak dari KPN lebih penting atau pun firman ALLAh SWT lebih utama fadhilatnya?

    Fikir-fikirkanlah dengan waras kerana secara fitrahnya akal yang ALLAH anugerahkan kepada setiap manusia adalah bertujuan supaya kita semua mampu untuk berfikir bagi memisahkan sesuatu yang bathil supaya lebih mudah kita untuk mengEsakan kebesaran Pencipta kita semua. Usahlah kita biarkan diri kita berterusan didalam keadaan jahil serta cetek pemikiran sebaliknya kita harus lebih bijak untuk menggunakan akal anugerah ALLAH itu. Hentikanlah pemikiran cara kuno yang kununnya atas nama keharmunian negara demi untuk mempertahankan sesuatu kaum yang ternyata sesat lagi menyesatkan cara dan pemikiran mereka itu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com