innity

pages

Tuesday, April 19, 2016

Isu RM2.6b: “Rakyat Tak Bodoh"


KUALA LUMPUR:Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir membidas kenyataan oleh beberapa menteri yang meminta semua pihak berhenti melemparkan tuduhan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung isu wang derma RM2.6 bilion.
Ujarnya, rakyat bukannya bodoh untuk begitu mudah mempercayai kenyataan daripada seorang menteri luar dari Arab Saudi itu.
“Kita tidak boleh terima hanya satu kenyataan secara spontan oleh seorang menteri di luar negara dan anggap kes ini tutup, maka tidak perlu lagi kita bangkitkan perkara ini.
“Kalau kita nak siasat, ia ada proses dan prosedur tertentu. Kita kena interview (temuramah) pihak terlibat, dapatkan kenyataan bersumpah, kena tunjuk bukti-bukti, contohnya akaun, bagaimana wang ini bergerak daripada satu akaun di luar negara ke akaun Perdana Menteri sendiri,” katanya memetik sumber Freemalaysiatoday.
Beliau berkata demikian bagi merujuk kenyataan Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir pada minggu lalu yang mengakui sumbangan RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sememangnya datang dari negara itu.
Terdahulu, Adel dilaporkan berkata, sumbangan itu diberikan tanpa mengharapkan sebarang balasan dan pihaknya juga sedar Peguam Negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti berhubung perkara itu dan mendapati ia tidak membabitkan sebarang salah laku.
Tambah Mukhriz lagi, kenyataan Menteri Luar Arab Saudi itu juga telah menimbulkan banyak persoalan dan keraguan.
“Apa kena-mengena seorang Menteri dari negara asing menyatakan dia pun anggap kes ini tutup, kerana Peguam Negara telah buat keputusan tersebut.
“Kenyataan Menteri Luar Arab Saudi itu langsung tidak menyentuh soal angka yang dimaksudkan, siapa sebenarnya yang menderma. Dia tak sebut ini dari putera raja Arab Saudi dan apa tujuannya.
“Dia juga tidak sebut apa yang telah disebut Peguam Negara bahawa 2.03 bilion ringgit telah dipulangkan,” katanya.

4 comments:

  1. Ada jugak yg bodoh datuk seri..contoh nya oasispg..dah tunjuk mcm2 bukti tp dia masih nak mkn dedak n continue jd cybertrooper umgok..muhahaha

    ReplyDelete
  2. si bodo yg cuba membodokan org lain...oasispig

    ReplyDelete
  3. KAWE RAKYAT JUGOK,KAWE PUN TAK BEBAL UNTOK PERCAYA LAGI KATA2 MADEY ANOK BERANOK SERTA KUNCU2 NYO.

    ReplyDelete
  4. MU NATE BEGHOK..DOK PAHAEY2 LAGEY..BUKTI DA TUNJUK SOKMO TAPI DOK BEBAL JUGOK..SEDAK MAKEY DEDAK BETO MU NIH..BUAK MALU OGHE KLATE JA..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com